Bio-D, Nyamuk Mati Kalaparan

Anonymous  /  at  22:23  /  No comments

Nyamuk dan serangga di sekeliling rumah sememangnya tidak dapat dielakkan, tapi tidak pula boleh diabaikan.


Lazimnya, penggunaan racun serangga dan semburan aerosol jadi pilihan kerana ia aplikasi mudah untuk menghalang ancaman itu. 

Namun, tidak semua bahan ini selamat untuk digunakan, malah mampu memberikan kesan negatif berterusan pada manusia. 

Kecacatan pada bayi dalam kandungan, keracunan pada makanan, alahan kulit dan sebagainya menjadi bukti mengapa penggunaan produk sebegini tidak digalakkan meskipun ia efektif menghalau nyamuk serta serangga.

Justeru, mengapa perlu meracun ahli keluarga sendiri semata-mata untuk membunuh serangga?

Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan satu hingga lima juta penduduk dunia mengalami masalah kesihatan setiap tahun berpunca daripada keracunan produk serangga, hingga mengakibatkan jumlah kematian tinggi di kalangan kanak-kanak dan bayi. 

Menyedari hakikat itu, EntoGenex - syarikat bioteknologi yang giat melakukan usaha kawalan denggi serta malaria di sekitar Asia Tenggara dan Afrika memperkenalkan kaedah pengawalan inovatif yang selamat digunakan seisi rumah. 

Bio-D dihasilkan berasaskan tumbuhan dan bebas racun yang bertindak seperti ‘pil diet’ untuk nyamuk, di mana nyamuk dihapuskan apabila ia ‘kelaparan’ selepas gagal menembusi perlindungan yang terhasil daripada penggunaan produk itu pada tubuh dan kawasan sekitar rumah. 

Bio-D tidak bergantung kepada bahan kimia toksik, DEET atau citronella, tapi menggunakan bahan unik berasaskan tumbuhan dikenali EGX-101 yang dibangunkan di Amerika Syarikat. 

Teknologi ini disifatkan lebih efektif berbanding racun serangga dan aerosol biasa serta tidak memberikan kesan toksik kepada manusia. Ia juga terbiodegradasikan dan mesra alam. 

EGX-101 bertindak dengan menjejaskan saraf penerima serangga khususnya nyamuk, lipas, semut, lalat, sengkenit, pepijat dan hama . Apabila saraf ini tidak lagi berfungsi seperti biasa, serangga tidak mampu mencari makanannya, sekali gus mengakibatkannya mati kelaparan. 

Bagi memerangi nyamuk, Bio-D memberi tumpuan kepada dua produk utamanya - Bio-D Mosquito & Insect Control dan Bio-D Mosquito & Insect Repellent yang pelbagai guna. 

Bio-D Mosquito & Insect Control boleh digunakan di kamar tidur, bilik mandi, dapur dan ruang tamu dengan menyemburkannya di seluruh ruang lalu dibiarkan selama 15 minit. 

Bio-D Mosquito & Insect Repellent pula lebih kepada penggunaan di luar rumah dalam bentuk losen, di mana ia memberikan perlindungan daripada jangkitan denggi dan malaria serta mengelakkan serangan serangga lain. 

Selain itu, Bio-D Bedbug & Dust Mite Control efektif menyingkirkan hama pada bantal, tilam, selimut dan permaidani dengan diperkayakan BluOxy yang tidak meninggalkan kesan kotoran pada fabrik. 

Dengan tiga haruman menarik, Natural, Lavender dan Cedar Wood, Bio-D boleh didapati di kebanyakan farmasi utama dan pusat beli belah seluruh Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www. entogenex.com atau www.bio-d.com.my.

Share
Posted in: Posted on:

0 comments:

Penafian..

Salam sejahtera...

Untuk makluman anda, Blog ini akan dikemaskini berdasarkan maklumat yang diperolehi dari semasa ke semasa. Terbuka bagi semua tahap umur, tiada unsur atau bahan terlarang dan tidak akan mempunyai mana-mana isu politik. Kami berharap anda selesa dan mendapat pelbagai maklumat yang berguna dari Blog kami ini. Terima kasih.

- MesraInfo4U Admin -
Copyright © 2013 MesraInfo4U. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.