Zikir Yg Melemahkan 2 Malaikat

"Wahai Tuhan, untukMu pujian yang setanding dengan kebesaran serta kemuliaan wajahMu dan keagungan kekuasaanMu."

(dipetik dari Al-Mathurat)

Daripada Abdullah bin 'Umar radhyillahu 'anhuma, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bercerita:

"Seorang hamba Allah subhanahu Wa Ta'ala membaca (bacaan di atas) maka terasa lemah dua malaikat dan tidak tahu bagaimana hendak mencatit ganjarannya, lalu malaikat terus mengadu kepada Allah subhanahu wa ta'ala, katanya:
'Ya Allah! Seorang hamba Engkau telah membaca satu bacaan yang kami tidak tahu bagaimana kami hendak mencatitkan ganjarannya.'
Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala: '(Yang memang mengetahui) Apa yang dibacanya?'
Maka menjawab malaikat: 'Ia membaca (bacaan di atas)."
Firman Allah: 'Tulislah sebagaimana yang dibaca oleh hamba-Ku itu hingga ia menemui Aku dan Aku akan beri ganjaran dengan bacaannya itu.'"

(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah)

Sumber : pseudosupra
Anonymous  /  at  17:45  /  No comments

Posted in: Read Complete Article»

0 comments:

Lagenda Segi Tiga Bermuda

Segi Tiga Bermuda, juga dikenali sebagai Segi Tiga Syaitan ("Devil"), merupakan kawasan di barat laut Lautan Atlantik di mana sejumlah kapal terbang dan kapal telah hilang dalam apa yang dikatakan sebagai keadaan yang melampaui sempadan kesilapan manusia atau akibat matapetaka semula jadi. Sesetengah kehilangan tersebut telah disabitkan dengan paranormal, penggantungan hukum fizik, atau aktiviti oleh makhluk asing oleh budaya popular. Sungguhpun terdapat banyak dokumen yang menunjukkan kebanyakan kejadian telah disalah lapor atau ditokok tambah oleh pengarang berikutnya, dan kebanyakan agensi rasmi telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa jumlah kehilangan tidak dianggap menonjol menurut anggaran mereka, kebanyakan kehilangan kekal tidak dijelaskan sungguhpun penyiasatan mendalam dilakukan mengenainya

Kedudukan Segi Tiga Bermuda

Ada sesetengah menyatakan bentuknya menyerupai trapezium menyelitupi Selat Florida, Bahamas, dan keseluruhan pulau Caribbean timur Azores; yang lain menambah Teluk Mexico kepadanya. Sempadan segi tiga yang lebih biasa ditulis dalam buku mempunyai titik sempadannya di pantai Florida Lautan Atlantik; San Juan, Puerto Rico; dan pulau Bermuda tengah Atlantik, dengan kebanyakan kejadian tertumpu kepada sempadan selatan sekitar Bahamas dan Selat Florida.

Kawasan ini merupakan salah satu laluan perkapalan yang tersibuk di dunia, dengan kapal melintasinya setiap hari untuk ke pelabuhan di Amerika, Europah, dan Kepulauan Caribbean. Kapal pelancongan turut banyak tersedia, dan kenderaan rehlah sering berulang-alik antara Florida dan kepulauan tersebut. Ianya turut merupakan laluan yang paling banyak dilalui oleh kapal terbang persendirian mahupun perdagangan yang menghala ke arah Florida, Caribbean, dan Amerika Selatan dari titik utara.

Arus lautan Arus Teluk mengalir melalui Segi tiga Bermuda selepas meninggalkan Teluk Mexico; arusnya sekuat lima hingga enam knot mungkin memainkan peranan dalam beberapa kehilangan. Ribut mengejut mampu dan pernah muncul, dan pada musim panas sehingga akhir musim luruh kadang-kala hurikan menghentam kawasan tersebut. Gabungan antara laluan laut sibuk dengan cuaca tidak menentu menjadikannya tidak mustahil kapal mampu karam dalam ribut dan tenggelam tanpa sebarang kesan – terutama sebelum teknologi komunikasi, radar, dan satelit dipertingkatkan pada akhir abad ke-20.

Sejarah Cerita Segi Tiga Bermuda

Menurut pengarang segi tiga Bermuda, Christopher Columbus merupakan orang pertama merekodkan sesuatu yang ganjil dalam Segi tiga Bermuda, melaporkan bahawa dia dan anak kapalnya melihat "cahaya pelik menari-nari di kaki langit", api di langit, dan pada titik lain dia menulis mengenai bacaan kompas luar biasa di kawasan tersebut. Dalam buku lognya, bertarikh 11 Oktober 1492 dia menulis:

Seorang anak kapal telah ternampak tanah itu (Rodrigo de Triana), walaupun laksamananya pada pukul sepuluh petang itu sedang berdiri di biliknya (quarter-deck) nampak satu cahaya, tetapi sangat kecil satu benda yang beliau tidak dapat memastikan itu adalah tanah; memanggil Pero Gutiérrez (groom of the King's wardrobe) ia memberitahu Pero tentang cahaya yang dilihatnya, kemudian mengarahkan pandangan Pero ke arah cahaya itu, yang mana Pero juga telah terlihat; Pero kemudian membuat perkara yang sama kepada Rodrigo Sánchez of Segovia, yang telah di hantar oleh Raja dan Permaisuri bersama dengan skuadron, sebagai 'comptroller', tetapi dia tidak dapat melihatnya. Laksamana kemudian mengesahkan apa yang dilihatnye satu atau dua kali lagi, yang nampak seperti cahaya dari lilin bergerak ke atas dan ke bawah, yang mana sesetengah orang berpendapat ianya datang dari daratan. Laksamana bagaimanapun pasti yang kawasan daratan itu sudah hampir.

Penyelidik moden telah memeriksa buku log asal telah mengandaikan bahawa cahaya yang dilihatnya adalah api memasak orang asli Taino dalam kanoe mereka atau di pantai; bacaan kompas adalah akibat bacaan salah berdasarkan pergerakan bintang.

Rencana pertama mengenai lagenda segitiga bermuda mula muncul dalam akhbar ditulis oleh E.V.W. Jones pada 16 September 1950, melalui Associated Press. Dua tahun berikutnya, majalah Fate menerbitkan rencana pendek "Sea Mystery At Our Back Door" oleh George X. Sand pada isu Oktober 1952 mengenai kehilangan beberapa kapal terbang dan kapal, termasuk kehilangan Flight 19, sekumpulan lima kapal terbang pengebom Tentera laut Amerika Syarikat TBM Avenger dalam misi latihan. Rencana Sand adalah yang pertama meletakkan segi tiga yang kini biasa dilihat di mana kehilangan berlaku. Flight 19 sahaja dilapor dalam isu April 1962 Majalah American Legion. Rencana bertajuk "The Lost Patrol", oleh Allen W. Eckert, dan dalam ceritanya ia didakwa bahawa ketua penerbangan didengari berkata "We are entering white water, nothing seems right. We don't know where we are, the water is green, no white." It was also claimed that officials at the Navy board of inquiry stated that the planes "flew off to Mars." "The Lost Patrol" was the first to connect the supernatural to Flight 19, but it would take another author, Vincent Gaddis, writing in the February 1964 Argosy Magazine to take Flight 19 together with other mysterious disappearances and place it under the umbrella of a new catchy name: "The Deadly Bermuda Triangle"; he would build on that article with a more detailed book, Invisible Horizons, the next year. Others would follow with their own works: John Wallace Spencer (Limbo of the Lost, 1969); Charles Berlitz (The Bermuda Triangle, 1974); Richard Winer (The Devil's Triangle, 1974), and many others, all keeping to some of the same supernatural elements outlined by Eckert.

Penjelasan Kusche

Lawrence David Kusche, seorang penyelidik perpustakaan dari Universiti Negeri Arizona dan pengarang The Bermuda Triangle Mystery: Solved (1975) mencabar trend ini. Penyelidikan Kusche mendedahkan ketidaktepatan dan percanggahan antara kisah Berlitz dan kenyataan dari saksi, peserta, dan yang lain yang terbabit dalam kejadian asal. Dia mendapati bahawa di mana maklumat berkenaan tidak dilaporkan, seperti kehilangan pelayar mengelilingi duniaDonald Crowhurst, yang Berlitz bentangkan sebagai misteri, sungguhpun bukti jelas yang sebaliknya. Satu contoh lain adalah pengangkut bijih yang didakwa Berlitz sebagai hilang tanpa jejak tiga hari dari pelabuhan Atlantik apabila ia dilaporkan hilang selepas tiga hari dari pelabuhan yang sama nama di Lautan Pasifik. Kusche turut mendakwa bahawa peratusan besar dari kejadian yang mencetus pengaruh misteri Segi tiga sebenarnya berlaku jauh dari tempat itu. Sering kali penyelidikannya amat mudah: dia hanya meneliti akhbar masa itu dan melihat fakta seperti lapuran cuaca yang tidak pernah disebut dalam cerita tersebut.

Kusche membuat beberapa kesimpulan:

Jumlah kapal dan kapal terbang yang dilaporkan hilang di kawasan tersebut tidak terlebih besar, secara bandingan, dengan tempat lain di lautan.
Di kawasan sering dilanda ribut tropika, jumlah kehilangan yang berlaku di situ, bagi kebanyakan masa, tidak melampau, tidak bermistri; tambahan lagi, Berlitz dan penulis lain sering kali gagal melaporkan ribut sedemikian.
Jumlah yang dilaporkan juga dibesar-besarkan oleh penyelidikan tidak teliti. Bot yang dilaporkan sebagai hilang, tetapi akhirnya (sungguhpun lambat) kembali ke pelabuhan mungkin tidak dilaporkan.
Sesetengah kehiangan sebenarnya, tidak pernah berlaku. Satu kemalangan kapal terbang terhempas yang dikatakan berlaku pada 1937 di Pantai Daytona, Florida, di hadapan beratus-ratus saksi; pemeriksaan dengan akhbar tempatan tidak mebuah hasil.

Kusche membuat kesimpulan bahawa:

Lagenda Segi tiga Bermuda adalah misteri buata .. yang diteruskan oleh penulis yang secara sengaja atau tidak sengaja menggunakan salah faham, kesimpulan salah (faulty reasoning), dan sensationalism.

Pendapat lain

Syarikat insuran laut Lloyd dari London telah menentukan bahawa Segi tiga Bermuda tidak lebih bahaya berbanding kawasan laut lain, dan tidak mengenakan kadar bayaran lebih bagi laluan kawasan tersebut. Rekod Pengawal Pantai Amerika Syarikat mengesahkan keputusan mereka. Malah, jumlah yang dikatakan hilang tidak penting berbanding jumlah kapal dan kapal terbang yang melalui kawasan tersebut secara tetap.

Pengawal Pantai secara rasminya menolak kepercayaan mengenai Segi tiga Bermuda, mengambil kira bahawa mereka mengumpul dan menerbitkan, melalui penyelidikan mereka, banyak dokumentasi[9] menafikan kebanyakan kejadian yang ditulis mengenai penulis Segi tiga Bermuda. Salah satu kejadian seumpamanya membabitkan letupan 1972 dan tenggelamnya kapal tangki V.A. Fogg di Teluk Mexico, Pengawal Pantai merakamkan kapal pecah dan mengambil beberapa mayat [10] sungguhpun salah seorang pengarang segi tiga Bermuda mendakwa semua mayat hilang kecuali kapten, yang dijumpai di kabin masih memegang cawan kopi (Limbo of the Lost oleh John Wallace Spencer, edisi 1973).

Penyelidik yang mempertikai, seperti Ernest Taves dan Barry Singer, telah memberi perhatian bahawa misteri dan paranormal amat popular dan menguntungkan. Ini telah mendorong kepada pengeluaran sejumlah besar bahan mengenai topik tersebut seperti segi tiga Bermuda. Mereka mampu menunjukkan bahawa sesetengah bahan menyokong-paranormal sering kali mengeliru dan tidak tepat, tetapi ia masih tetap dipasarkan. Mereka dengan itu mendakwa bahawa pasaran condong kepada buku, TV khas, dsb. yang menyokong misteri Segi tiga dan menentang bahan penyelidikan terperinci sekiranya ia membawa sudut pandangan skeptik mengenainya.

Penjelasan Faktor Semulajadi

Hidrat Metana

Penjelasan mengenai sesetengah kehilangan telah tertumpu kepada kewujudan sejumlah besar medan hidrat metana pada tebing benua. Ujian makmal yang dilakukan di Australia telah membuktikan bahawa buih sebenarnya mampu menenggelamkan model kapal berskala dengan mengurangkan ketumpatan air[12]; dan sebarang sampah yang timbul ke permukaan akan disebarkan dengan pantas oleh Arus Teluk. Ia telah dinyatakan secara hipotesis bahawa letupan metana berkala (kadang kala dikenali sebagai "gunung berapi lumpur") mungkin menghasilkan kawasan air berbuih yang tidak lagi mampu memberikan apungan yang mencukupi bagi kapal. Sekiranya ini berlaku, kawasan sedemikian yang terbentuk pada sekeliling kapal, mampu menenggelamkannya dengan pantas dan tanpa memberi apa-apa sebarang petanda.

Kapal terbang juga terdedah kepada sebarang perlepasan metana yang luar biasa. Sungguhpun metana adalah lebih ringan berbanding air, namun altimeter kapal terbang yang melalui kawasan itu tidak akan berfungsi baik, walaupun bacaannya menunjukkan bahawa kapal terbang itu lebih tinggi dari yang sebenarnya, menyebabkan timbul masalah pandu arah. (Altimeter mengukur tekanan, bukannya kepadatan udara.)

Satu kertas putih telah diterbitkan pada tahun 1981 oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat berkenaan kemunculan hidrat di kawasan Blake Ridge, di luar pantai tenggara Amerika Syarikat. Bagaimanapun, berdasarkan laman web Kajian Geologi A.S, dipercayai tiada kejadian pelepasan besar-besaran gas hidrat telah berlaku di Segi Tiga Bermuda sejak 15,000 tahun yang lalu.

Variasi Kompas

Masalah kompas merupakan salah satu masalah yang disebut-sebut dalam kebanyakan kejadian di Segi Tiga Bermuda. Sesetengah penyelidik mencadangkan teori bahawa terdapat kepelikan magnetik tempatan di kawasan tersebut, bagaimanapun ia belum dibuktikan.

Hurikan

Hurikan adalah ribut yang amat kuat yang berasal dari Atlantik berhampiran khatulistiwa, dan berdasarkan sejarah telah bertanggung jawab bagi kehilangan beribu-ribu nyawa dan kerosakan bernilai berbilion dolar. Penengelaman armada Sepanyol Francisco de Bobadilla pada 1502 merupakan rekod pertama mengenai kemusnahan hurikan. Pada 1988, Hurikan Gilbert, salah satu hurikan paling kuat dalam sejarah, memundurkan ekonomi Jamaika selama tiga tahun. [perlu rujukan] Ribut ini pada masa lalu menyebabkan beberapa peristiwa yang berkait dengan Segi Tiga Bermuda.

Arus Teluk

Arus teluk merupakan arus laut yang berasal dari Teluk Mexico, dan merentasi Selat Florida, ke lautan Atlantik Utara. Pada asasnya, ia merupakan sungai di laut, dan sebagaimana sungai lain, ia mampu dan membawa objek terapung. Kapal terbang kecil yang mendarat di air atau bot yang mengalami kerosakan enjin akan di bawa lari dari kedudukan dilapurkannya oleh arus, sebagaimana yang berlaku kepada kruiser kabin (cabin cruiser) Witchcraft pada 22 Disember 1967, apabila ia melaporkan kerosakan enjin berhampiran boya penanda satu batu (1.6 km) dari pantai Miami , tetapi tidak kelihatan apabila bot Pengawal Pantai tiba di sana..

Ombak Gadang

Ombak amat besar mampu muncul secara rawak walaupun semasa laut tenang. Salah satu ombak gadang menyebabkan Ocean Ranger, sebuah pelantar minyak persisiran terbesar, terbalik pada 1982. Bagaimanapun, tidak terdapat sebarang sebab bagi ombak gadang berlaku lebih kerap di Segi Tiga Bermuda, dan penjelasan ini tidak menjelaskan misteri kehilangan kapal terbang.

Perbuatan Manusia

Kesilapan Manusia

Satu daripada alasan rasmi yang popular mengenai kehilangan kapal terbang atau kapal laut adalah disebabkan oleh kesilapan manusia. Sama ada disengajakan atau tidak, kesilapan manusia dikenal pasti sebagai penyebab kemalangan dan kehilangan yang dilaporkan di Segi Tiga Bermuda. Sebagai contoh, kesilapan manusia dikenal pasti sebagai punca kehilangan kapal tangki V.A. Fogg pada tahun 1972. Kedegilan juga menyebabkan ahli perniagaan Harvey Conover kehilangan kapal layarnya Revonoc ketika dia belajar dalam keadaan ribut di Florida pada 1 Januari 1958. Adalah diingatkan bahawa sebab-sebab kehilangan tidak dapat dijelaskan kerana bangkai kapal yang hilang tidak dijumpai untuk dikaji.

Tindakan Kemusnahan Yang Disengajakan

Perkara ini jatuh dalam dua kategori: perbuatan kerana perang, dan perbuatan lanun. Rekod-rekod berkenaan banyak kehilangan orang di dalam fail-fail musuh Amerika Syarikat telah diperiksa; sedangkan banyak penenggelaman telah dikatakan disebabkan oleh penyerang permukaan atau kapal selam semasa Perang Dunia dan didokumenkan di dalam buku log perintah, banyak yang lain yang disyaki termasuk dalam kategori itu masih tidak dapat dibuktikan; kehilangan USS Cyclops pada 1918 serta kapal-kapal saudaranya, Proteus dan Nereus, dalam Perang Dunia II disyaki ditenggelami oleh kapal selam tetapi sebarang hubungan itu tidak dapat dijumpai dalam rekod Jerman.

Melanun, sebagaimana ditakrifkan sebagai merampas kapal atau perahu di laut lepas, ialah suatu kejadian yang masih berlaku. Sedangkan melanun untuk merampas kargo adalah jauh lebih biasa di Lautan Pasifik dan Lautan India, penyeludup dadah juga merampas lancang peranginan untuk menjalankan kegiatan penyeludupan mereka dan mungkin terlibat dalam sesetengah kehilangan sekoci dan anak kapal di Laut Caribbean. Di Caribbean, kegiatan melanun merupakan suatu kegiatan yang biasa dari sekitar 1560 hingga 1760-an, dengan Edward Teach (Blackbeard) dan Jean Lafitte merupakan antara lanun yang termasyhur di laut itu dari segi sejarah. Lafitte kekadang juga dikatakan sendiri merupakan mangsa Segi Tiga.

Satu bentuk melanun yang lain dijalankan di darat. Lanun di pantai akan memancar cahaya untuk menunjukkan arah yang salah kepada kapal-kapal untuk mengakibatkan nahas kapal lalu merampas kargonya. Adalah mungkin juga bahawa lanun tersebut akan membunuh mana-mana anak kapal yang membantah. Nags Head, Carolina Utara, dinamai sempena amalan lanun untuk menggantung lantera pada kepala kuda yang kedua-dua belah kakinya diikat supaya kuda itu tidak lari semasa berjalan di pantai.

Teori Popular

Para penulis mengenai Segi Tiga banyak menggunakan teori kuasa ghaib untuk menjelaskan perkara yang terjadi. Satu teori menyalahkan peninggalan teknologi dari benua yang hilang iaitu Atlantis. Teori ini dikaitkan dengan batu timbul yang dikenali sebagai Jalan Bimini berdekatan dengan pulau Bimini di Bahamas, yang kebetulan terletak di dalam segi tiga mengikut pendapat sesetengah orang. Pengikut ahli psikik bernama Edgar Cayce mengatakan bukti kewujudan Atlantis ditemui pada tahun 1968 atau 1969 yang merujuk kepada penemuan Jalan Bimini. Mereka percaya kewujudan batu ini sebagai jalan, benteng atau struktur lain, walaupun ahli geologi menganggapnya sebagai satu fenomena semulajadi.

Mereka yang lain pula mengaitkan kehilangan kapal dengan UFO. Idea ini digunakan oleh Steven Spielberg dalam filemnya Close Encounters of the Third Kind yang menggambarkan kehilangan Penerbangan 19 dengan penculikan makhluk asing.

Charles Berlitz, cucu kepada seorang ahli linguistik dan penulis buku fenomena beranomali, berpendapat kehilangan di Segi Tiga disebabkan oleh kuasa ghaib yang tidak dapat dijelaskan.

Peristiwa-Peristiwa Terkemuka

Flight 19
5 Pesawat TBF sedang membuat latihan penerbangan.

Pesawat TBF Grumman Avenger milik Tentera Laut Amerika Syarikat, menyerupai Flight 19. Gambar ini banyak digunakan oleh ramai pengarang Segi Tiga Bermuda bagi menggambarkan Flight 19. (Tentera Laut A.S)

Flight 19 merupakan penerbangan latihan yang menggunakan pesawat pengebom TBM Avenger yang telah hilang pada 5 Disember, 1945 di atas perairan Lautan Atlantik. Mengikut tanggapan, penerbangan ini telah menempuh fenomena luar biasa dan bacaan-bacaan kompas yang janggal. Penerbangan ini dilakukan pada hari tenang dengan diketuai oleh seorang juruterbang yang berpengalaman, Lt. Charles Carroll Taylor. Tambah membingungkan, laporan pihak tentera laut berkenaan kemalangan ini dianggap "disebabkan atau punca tidak diketahui". Dipercayai, ibu Lt. Taylor mahu menyelamatkan reputasi anak lelakinya, jadi beliau telah membuat mereka menulis "punca-punca tidak diketahui" apabila sebenarnya Lt. Charles berada 50 km ke arah barat laut di mana beliau percaya kedudukan beliau pada ketika itu.

Meskipun fakta-fakta asas versi cerita ini adalah sebenarnya tepat, beberapa perincian-perincian penting telah hilang. Cuaca mula bergelora di penghujung kejadian; hanya Taylor yang memiliki banyak pengalaman dalam penerbangan, akan tetapi beliau tidak biasa dengan kawasan selatan Florida dan memiliki sejarah sesat semasa dalam penerbangan, perkara ini berlaku sebanyak tiga kali semasa Perang Dunia II, dan terpaksa mendaratkan pesawatnya di air sebanyak dua kali; dan laporan dan rakaman bertulis pihak tentera laut berkenaan dengan perbualan di antara Taylor dan juruterbang-juruterbang lain dalam Flight 19 tidak membayangkan sebarang masalah magnetik.

Mary Celeste

Misteri peninggalan Mary Celeste pada 1872 sering kali dikaitkan dengan Segi tiga Bermuda tetapi ini tidak tepat kerana kapal ini ditinggalkan di persisiran Portugis. Banyak teori telah dikemukakan sepanjang tahun berlalu bagi menjelaskan peninggalan kapal, termasuk wasap alkohol dari kargo dan penipuan insuran. Kejaidan ini kemungkinannya dikelirukan dengan penenggelaman kapal yang nama serupa, Mari Celeste, di persisiran Bermuda pada 13 September 1864, yang disebut dalam buku Bermuda Shipwrecks oleh Dan Berg.

USS Cyclops

Kemalangan ini menyebabkan kehilanggan jiwa yang terbesar dalam sejarah Tentera Laut A.S yang tidak berhubung kait dengan peperangan. Ia bermula apabila USS Cyclops dibawah arahan Lieutenant Commander G. W. Worley, hilang tanpa dapat dikesan bersama kira-kira 306 anak kapal pada 4 Mac 1918, selepas berlayar daripada Pulau Barbados. Teori kemungkinan ribut, karam dan aktiviti musuh mungkin menyebabkan peristiwa ini.[18][19]

Theodosia Burr Alston

Theodosia Burr Alston adalah anak kepada bekas Timbalan Presiden Amerika Syarikat Aaron Burr. Kehilangan beliau telah disebut sekali berkait dengan Segi Tiga Bermuda, di dalam The Bermuda Triangle oleh Adi-Kent Thomas Jeffrey (1975). Beliau adalah seorang penumpang kapal Patriot, yang berlayar dari Charleston, South Carolina ke New York City pada December 30, 1812, dan tidak lagi kedengaran selepas itu. Kegiatan lanun dan Perang 1812 dikaitkan sebagai penjelasan, juga teori yang mengatakan beliau ditempatkan di Texas, di luar daripada Segi Tiga Bermuda.

Spray

Kemahiran Kapten Joshua Slocum sebagai pelaut tidak dapat dipertikaikan lagi; dia merupakan orang pertama berlayar mengelilingi dunia seorang diri. pada 1909, dalam botnya kapal layar Spray dia mengambil haluan yang membawanya merentasi Caribbean ke Venezuela. Dia lenyap; tidak terdpat bukti langsung dia pernah berada dalan Segi tiga Bermuda apabila Spray hilang. Ia dipercayai bahawa dia dilanggar oleh kapal wap atau dihentam paus, dan Spray merupakan bot yang terlalu baik dan Slocum merupakan pelayar yang terlalu berpengalaman bagi punca lain untuk dianggap berlaku, dan pada 1924 dia secara rasmi diistiharkan sebagai mati. Sungguhpun misteri, tidak terdapat sebarang bukti bagi, atau menyangkal, aktiviti paranormal.

Carroll A. Deering

Schooner Carroll A. Deering, as seen from the Cape Lookout lightship on January 29, 1921, two days before she was found deserted in North Carolina. (US Coast Guard)

A five-masted schooner built in 1919, the Carroll A. Deering was found hard aground and abandoned at Diamond Shoals, near Cape Hatteras, North Carolina on January 31, 1921. Rumors and more at the time indicated the Deering was a victim of piracy, possibly connected with the illegal rum-running trade during Prohibition, and possibly involving another ship, S.S. Hewitt, which disappeared at roughly the same time. Just hours later, an unknown steamer sailed near the lightship along the track of the Deering, and ignored all signals from the lightship. It is speculated that the Hewitt may have been this mystery ship, and possibly involved in the Deering crew's disappearance.

Douglas DC-3

Pada 28 Disember, 1948, sebuah pesawat Douglas DC-3 bernombor NC16002, telah hilang semasa dalam penerbangan daripada San Juan, Puerto Rico ke Miami. Tiada kesan pesawat atau 32 orang penumpang di atas kapal pernah dijumpai. Berdasarkan dokumen yang disusun oleh penyiasatan Badan Penerbangan Awam, kunci pada kemungkinan kehilangan pesawat telah dijumpai, tetapi jarang disentuh oleh penulis-penulis Segi Tiga Bermuda: bateri pesawat telah diperiksa dan didapati memiliki cas yang rendah, tetapi ia telah diperintahkan dipasang semula pada pesawat tanpa dicas semula oleh juruterbang semasa berada di San Juan. 

SS Marine Sulphur Queen

SS Marine Sulphur Queen, kapal tangki T2 yang diubah suai dari pembawa minyak kepada pembawa belerang, kali terakhir dihubungi pada 4 Februari 1963 dengan anak kapal seramai 39 berhampiran Florida Keys. Marine Sulphur Queen merupakan kapal pertama disebut dalam Vincent Gaddis' 1964 rencana Argosy majalah, tetapi ia mengatakannya sebagai "belayar ketempat yang tidak diketahui"", sungguhpun lapuran Pengawal Pantai yang tidak hanya merekodkan sejarah penyelanggaraan kapal yang buruk, tetapi mengistiharkannya sebagai kapal yang tidak sesuai di laut dan tidak sepatutnya dibenarkan berlayar.

Raifuku Maru

Salah satu kejadian yang paling terkenal di Segi Tiga Bermuda berlaku pada tahun 1921 (beberapa pendapat mengatakan beberapa tahun selepas itu), apabila sebuah kapal Jepun Raifuku Maru (kadang kala disalah erti sebagai Raikuke Maru) went down with all hands selepas menghantar isyarat meminta bantuan yang berbunyi "Bahaya seperti pisau belati sekarang. Datang cepat!", atau "Ia seperti pisau belati, datang cepat!". Ini telah menyebabkan para penulis membuat spekulasi berkenaan perkataan "dagger", with a waterspout being the likely candidate (Winer). Dalam realitinya, kapal ini bukan berada berdekatan Segi Tiga Bermuda, dan perkataan "pisau belati" bukan merupakan sebahagian daripada panggilan meminta bantuan kapal ("Sekarang sangat bahaya. Datang cepat."); telah belayar daripada Boston menuju ke Hamburg, Jerman pada 21 April, 1925, kapal ini terperangkap dalam ribut teruk dan tenggelam di Atlantik Utara dengan kesemua anak kapalnya sementara sebuah kapal lain, RMS Homeric, telah mencuba melakukan usaha penyelamatan tetapi tidak berjaya.

Sumber : Agensi
Anonymous  /  at  00:45  /  No comments

Sumpahan Potret Budak Menangis

Lukisan budak menangis karya pelukis Sepanyol ini pernah menghantui penduduk Britain pada tahun 1980-an.

Pada tahun 1985, rumah pasangan Ron dan May Hall yang tinggal di Yorkshire, England, hangus terbakar. Namun, sebuah lukisan budak menangis milik mereka langsung tidak terusik oleh api yang marak. Kisah lukisan misteri itu menjadi sensasi selepas akhbar The Sun mendedahkan pengakuan ahli bomba Peter Hall yang memberitahu kejadian itu bukan pertama kali berlaku sepanjang dia bertugas di Yorkshire. Kira-kira 50 kejadian kebakaran misteri membabitkan lukisan seperti itu dilaporkan.

Malah, pengarang The Sun pada masa itu, Kelvin MacKenzie telah mengatur kebakaran olok-olok dengan meminta para pembaca supaya menghantar lukisan mereka kepada akhbar itu. Spekulasi lukisan itu menjadi punca kebakaran rumah pemilik-pemiliknya menjadikan misteri itu semakin menarik. Lukisan budak menangis dihasilkan pelukis Sepanyol, J Bragolin yang meninggal dunia pada tahun 1981. Dia menghasilkan banyak lukisan seperti itu untuk pelancong pada tahun 1950-an.

Budak lelaki dalam lukisan itu dikatakan seorang anak yatim piatu yang ibu bapanya mati dalam satu kebakaran. Bernama Don Bonillo, kanak-kanak tersebut berusia antara tiga hingga lima tahun ketika dia ditemui merayau-rayau oleh Bragolin di jalanan di Madrid. Kononnya, Bragolin sebelum itu telah diberi amaran oleh seorang paderi supaya tidak melukisnya kerana budak itu didakwa boleh menyebabkan kebakaran walaupun dia tidak menyentuhnya. Di mana saja Bonillo ditempatkan, kebakaran akan berlaku hingga dia digelar diablo atau syaitan.

Hendak dijadikan cerita, tidak semena-mena studio Bragolin terbakar dan budak itu melarikan diri. Sepuluh tahun kemudian, sebuah kereta ditemui terbakar di pinggir Barcelona. Pemandu tersebut mati dalam kemalangan itu. Berdasarkan maklumat daripada lesen memandunya, pemandu itu ialah budak yatim piatu dalam lukisan Bragolin itu.

Budak lelaki dan anak patung perempuan dalam lukisan The Hands Resist Him ini dikatakan bergerak pada waktu malam.
Sumpahan budak menangis di Yorkshire yang bermula pada September 1985 dikatakan ada kaitan dengan lukisan itu. Dan ia semakin menjadi-jadi apabila di Britain, versi lukisan itu dicetak secara komersial. Dalam kebanyakan kes, rumah mangsa kebakaran hangus tetapi lukisan itu selamat. Kini, masyarakat Yokshire tidak lagi menyimpan potret budak menangis itu.

Bagaimanapun, baru-baru ini, selebriti Steve Bunt yang mengendalikan rancangan Punt PI di Radio 4 di Britain mendedahkan rahsia di sebalik lukisan itu. Menurut Punt, dia telah melakukan ujian di Building Research Establishment iaitu sebuah makmal berhampiran Watford yang melakukan ujian kebakaran bagi tujuan penyelidikan. Hasilnya agak mengejutkan. Api hanya membakar bahagian tepi beberapa keping lukisan budak menangis itu. Rahsianya? Lukisan itu diletakkan secara terbalik atau menghadap lantai sekali gus melindunginya daripada asap dan haba panas.

Sebuah lagi karya yang dianggap berhantu ialah sebuah lukisan yang dinamakan The Hands Resist Him. Ia dihasilkan pada tahun 1972 oleh seorang pelukis dari Oakland, California, Amerika Syarikat, Bill Stoneham. Ia lukisan seorang budak lelaki berdiri di sebelah anak patung perempuan di hadapan pintu berpanel kaca yang berlatarbelakangkan tangan-tangan melekap di pintu kaca.

Menurut Stoneham, budak lelaki itu ialah dirinya sewaktu berumur lima tahun manakala laluan pintu merujuk kepada garisan pemisah antara realiti dan mimpi. Anak patung itu pula digambarkan sebagai pembimbing budak lelaki itu untuk melalui pintu di belakang mereka itu. Lukisan itu diposkan untuk dilelong menerusi laman eBay pada Februari 2000 dan tiba-tiba menjadi terkenal kerana misterinya. Bakal pembeli mendakwa karakter di dalam lukisan tersebut bergerak pada waktu malam dan kadangkala meninggalkan lukisan tersebut dan masuk ke dalam bilik yang mempamerkannya.

Terdapat beberapa bukti bergambar yang menunjukkan anak patung perempuan itu mengancam budak lelaki itu menggunakan pistol yang dipegangnya, sekali gus menyebabkan budak lelaki itu melarikan diri dengan keluar daripada lukisan itu. Namun, ada pendapat mengatakan alat seperti pistol itu tidak lebih daripada sebutir bateri dan lilitan wayar. Menurut Stoneham, terdapat seorang pemilik galeri dan seorang pengkritik seni, mati dalam masa setahun selepas berurusan dengan lukisan itu. Lukisan itu memulakan bidaan pada harga AS$199 (RM616) sebelum terjual pada AS$1,025 (RM3,177) selepas diburu oleh hampir 30 penggemar seni lukisan.
Anonymous  /  at  00:35  /  No comments

Fakta Saintifik dari Al-Quran

Fakta-fakta saintifik dari ayat-ayat Al-Quran telah membuktikan kesahihan Al-Quran sebagai benar-benar dari Allah SWT.

Al-Quran, Al-Israa, 17:88 Katakanlah: “Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al Qur’an ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan dia, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain”.

Berikut ini adalah sebahagian dari penemuan seorang ahli sains Islam baru-baru ini. Dr. Tariq Al-Suwaidan, seorang sarjana dan anggota Ikhwan-ul-Muslimin yang terkenal, Islamic Gateway dan ummah.net telah mengkaji hal ini.

Penemuan ini berdasarkan data statistik terhadap kalimat-kalimat tertentu dalam Al-Quran. Keputusannya diumumkan melalui internet dan terdapat di beberapa halaman web.

Penemuan berupa data statistik ini sungguh menarik dan menakjubkan, bukan saja kepada umat Islam tetapi juga diluar Islam, tetapi terutama kepada sarjana-sarjana sains.

Penemuan yang membuktikan Kitab Suci ini benar-benar mukjizat dari Allah Yang Maha Kuasa dan tidak dapat dicipta oleh akal manusia.

Penemuan itu sebagai berikut:

Jumlah suatu kata dalam Al-Quran ternyata sama dengan jumlah lawan katanya.

Perkataan : Al-Dunya (Dunia)
Jumlah ulangan : 115

Perkataan : Al-Akhira (Akhirat)
Jumlah ulangan : 115
********************************************
Perkataan : Al-Malaikah (Malaikat)
Jumlah ulangan : 88

Perkataan : Al-Shayateen (Syaitan)

Perkataan : Al-Hayat (Hidup)
Jumlah ulangan : 145 

Perkataan : Al-Maut (Kematian)

Perkataan : Al-Rajul (Lelaki)
Jumlah ulangan : 24 

Perkataan : Al-Marha (Perempuan)
Jumlah ulangan : 24

Jumlah kata dibawah ini menunjukkan jumlah bulan dan hari dalam satu tahun, sesuai lamanya revolusi bumi mengelilingi matahari.

Perkataan : Al-Shahr (Bulan)
Jumlah ulangan : 12

Perkataan : Al-Yahom (Hari)
Jumlah ulangan : 365

Perbandingan luas permukaan daratan dan lautan pada Bumi.

Perkataan : Al-Bahar (Laut)
Jumlah ulangan : 32

Perkataan : Al-Bar (Darat)
Jumlah ulangan : 13

32 + 13 = 45, maka:

32/45 x 100% = 71.111 %
13/45 x 100% = 28.888 %

Oleh itu, diketahui bahawa luas permukaan lautan terhadap luas permukaan bumi adalah 70%, dan daratan adalah 30%! Satu mukjizat luar biasa di dalam Al-Quran!

Wallahua’lam..

Sumber : Islamic Web
Anonymous  /  at  00:28  /  No comments

Lagenda Burung Cenderawasih (Phoenix)

Sahibul hikayat telah diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk, mengisahkan seekor burung yang bergelar burung cenderawasih. Adapun asal usulnya bermula dari kayangan. Menurut kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ianya berasal dari syurga dan selalu berdamping dengan para wali. Memiliki kepala seperti kuning keemasan. 

Dengan empat sayap yang tiada taranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh adanya. Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor ‘areil‘ yang panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya pastilah terpegun dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung cenderawasih.

Amatlah jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih. Ini kerana burung ini bukanlah berasal dari bumi ini. Umum mengetahui bahawa burung Cenderawasih ini hanya dimiliki oleh kaum kerabat istana saja. Hatta mengikut sejarah, kebanyakan kerabat-kerabat istana Melayu mempunyai burung cenderawasih. Mayoritas para peniaga yang ditemui mengatakan ia membawa tuah yang hebat.

Syahdan dinyatakan lagi dalam beberapa kitab Melayu lama, sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi nescaya akan berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan mati sekiranya menjejak kaki ke bumi. Namun yang pelik lagi ajaibnya, burung cenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang lain. Ini kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan. Burung cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati dalam keadaan istirahat dan ada yang mati dalam keadaan tidur.

Walau bagaimanapun, Melayu Antique telah menjalankan kajian secara rapi untuk menerima hakikat sebenar mengenai BURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian ilmu pengetahuan yang dijalankan, burung ini lebih terkenal di kalangan penduduk nusantara dengan panggilan Burung Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula, burung ini dipanggil sebagai Burung Phoenix yang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat istana Maharaja China. Bagi kalangan penduduk Eropah, burung ini lebih terkenal dengan panggilan ‘Bird of Paradise‘.

Secara faktanya, asal usul burung ini gagal ditemui atau didapathingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA (Papua sekarang), Indonesia saja. Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekor saja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.

Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana ‘tuahnya’. Burung cenderawasih digunakan sebagai ‘pelaris’. Baik untuk pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang burung. Penuh dengan keunikan, misteri, ajaib dan tuah.

Sumber : Agensi
Anonymous  /  at  00:18  /  No comments

Lagenda Burung Anqa’

Anqa’ adalah seekor burung besar yang misteri dalam manuskrip kuno yang tercatat dalam teks Arab kuno dari Timur Tengah. Burung Lagenda ini pernah disebutkan namanya dalam buku karya Zakariya al-Qazwini yang berjudul "Aja’ib al-Makhluqat wa-Ghara’ib al-Mawjudat" yang bermaksud "Makhluk-makhluk Ajaib dan Hal-hal Aneh yang Ada". Menurut manuskrip Mesir kuno tersebut, burung lagenda ini dikisahkan memiliki tubuh yang sangat besar, sehingga mampu membawa seekor gajah dengan cakarnya yang tajam. Sumber-sumber kuno ini menjelaskan bahawa masyarakat arab ketika itu ada yang menganggap Burung Anqa' sebagai makhluk mulia yang diciptakan oleh Allah.

Al-Kisa'i mengisahkan bahwa burung ini tinggal di sebuah gunung tinggi yang bernama Gunung Falaj. Apabila burung itu terbang, maka ia sanggup menutup matahari seperti awan. Bulunya memiliki warna yang sangat banyak, lehernya seperti leher unta, memiliki empat sayap, dua panjang serta dua lagi ukurannya lebih pendek. Disebutkan juga burung tersebut pernah ada pada zaman Nabi Hanzhalah dengan umatnya yang di kenali Ashab ar-Rass, ia berhasil membunuh burung ini dengan cara meminta doa kepada Allah untuk mematikan dan memutuskan keturunannya. Allah pun mengabulkan permintaan Nabi Hanzhalah, akhirnya burung besar tersebut terbakar hingga musnah semua keturunannya. Begitulah penamatnya Burung Anqa’ menurut legenda Arab. 

Lagenda kuno Burung Anqa’ ini dilihat memiliki banyak persamaan dengan Kisah Phoenix yang mati terbakar. Bezanya hanya Phoenix kemudian dikisahkan lahir kembali setelah kematiannya melalu api. Sejarawan moden juga mencatat banyak kesamaan antara Anqa' yang dianggap sebagai burung paling terkenal yang pernah menguasai langit Arab dengan Rukh atau Burung Simurgh binatang raksasa yang berbulu tebal.
Anonymous  /  at  00:04  /  No comments

The Arrivals (Episode 46 - 51)

Anonymous  /  at  23:32  /  No comments

Posted in: Read Complete Article»

0 comments:

The Arrivals (Episode 36 - 45)

Anonymous  /  at  23:27  /  No comments

Posted in: Read Complete Article»

0 comments:

The Arrivals (Episode 26 - 35)

Anonymous  /  at  23:16  /  No comments

Posted in: Read Complete Article»

0 comments:

The Arrivals (Episode 21 - 25)

Anonymous  /  at  23:05  /  No comments

Posted in: Read Complete Article»

0 comments:

The Arrivals (Episode 16 - 20)

Anonymous  /  at  23:01  /  No comments

Posted in: Read Complete Article»

0 comments:

The Arrivals (Episode 11 - 15)

Anonymous  /  at  22:55  /  No comments

Posted in: Read Complete Article»

0 comments:

The Arrivals (Episode 6 - 10)

Anonymous  /  at  00:40  /  No comments

Posted in: Read Complete Article»

0 comments:

The Arrivals (Episode 0 - 5)

Anonymous  /  at  00:21  /  No comments

Posted in: Read Complete Article»

0 comments:

Pengurusan Sampah

Kita tidak boleh bergantung sepanjang masa kepada tapak pelupusan sampah kerana kawasan lapang semakin terhad selain menjejaskan pemandangan.

Kaedah tapak pelupusan hanya dapat bertahan dalam jangka masa tertentu, yakni bergantung kepada kadar penjanaan sisa pepejal setiap tahun.

Kalau banyak penjanaannya, maka cepatlah tarikh hayatnya.

Melihat kebimbangan itu, kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengorak langkah dengan menubuhkan Lab Pengurusan Sisa Pepejal dalam mencari kaedah terbaik.

Setelah meneliti pelbagai kaedah yang dijalankan oleh pihak lain, makmal berkenaan menjuruskan pemilihan kepada sistem loji insinerator bercirikan teknoloji hijau.

Namun begitu, pemilihan teknologi ini sebagai kaedah alternatif pengurusan sisa pepejal turut tidak terkecuali daripada menerima bantahan.

Hanya membabitkan komuniti kecil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpaksikan kepada kepentingan alam sekitar, mereka mempertikaikan keselamatan masyarakat apabila insinerator diaplikasikan.

Berdasarkan laporan Lab itu, tapak pelupusan merupakan penyumbang utama pelepasan gas rumah hijau serta penyebab kepada perubahan iklim dan pemanasan global.

Malah, dianggarkan peratusan pembebasan gas rumah hijau akan meningkat kepada 50 peratus menjelang tahun 2020 dan oleh itu kaedah tapak pelupusan bukanlah satu pilihan.

Walaupun kaedah tapak pelupusan berstatus sanitari dianggap lebih mesra alam, jumlahnya adalah terhad berikutan penglibatan kos yang tinggi untuk mengada dan menguruskannya.

Dikenalpasti sebagai antara kaedah mesra alam, tapak pelupusan berstatus sanitari dilengkapi loji rawatan air larut resap (leachate) yang akan memastikan pelepasan leachate menepati standard Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Ia juga mempunyai sistem saluran paip untuk menyerap gas metana yang dihasilkan daripada proses pereputan sampah serta sistem penutupan sampah yang dilupuskan bagi menangani masalah pemanasan global dan kejadian kebakaran.

“Tapak ini juga dilengkapi lapisan (liner) bagi menangani masalah bau serta menghalang air hujan memasuki tapak pelupusan yang boleh menambah kepada penghasilan leachate," kata Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara Datuk Nadzri Yahaya.

Namun, untuk menaiktarafnya kepada status sanitari, yakni tapak pelupusan lestari alam sekitar tentunya ia melibatkan kos yang tinggi.

Jadi insinerator berasaskan kepada teknologi hijau mungkin jawapan kepada pengurusan sisa pepejal pada masa akan datang.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dipetik berkata, tender bagi insinerator teknologi hijau itu akan dibuka pada Mac 2013 selepas kertas kerja mengenainya siap.

Untuk tujuan ini, KPKT bersama Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas), Jabatan Perdana Menteri (JPM) sedang menyiapkan kertas kerja pembinaan tiga insinerator berkenaan.

Menteri itu berkata, teknologi insinerator yang bercirikan teknologi hijau dirancang pembinaannya di Taman Beringin (Kuala Lumpur), Bukit Payung (Johor) manakala satu lagi sama ada di Selangor atau Melaka.

Dipetik dalam satu laporan akhbar, kebimbangan beberapa kumpulan dan NGO berkenaan adalah tertumpu kepada penularan bahan kimia seperti dioksin, furan dan merkuri hasil daripada pembakaran sisa menggunakan teknologi insinerator.

Dikatakan, penularan bahan kimia itu boleh menjejaskan alam sekitar, kesihatan dan bekalan makanan.

Ini disusuli pula dengan kajian impak kesihatan Greenpeace, menunjukkan risiko kematian akibat kanser paru-paru meningkat dalam kalangan penduduk di sekitar tapak pembakar sebuah perbandaran di Itali.

Bagaimanapun, kajian teliti yang dijalankan oleh Lab dan jabatan yang berkenaan mendapati bahawa insinerator teknologi hijau adalah selamat dan faedahnya adalah lebih banyak daripada yang sebaliknya.

Apa pun, seseorang itu akan bertanya sama ada terdapat pilihan lain bagi Malaysia termasuk dengan mengaktifkan program kitar semula.

Walhal, kajian sebelum ini menunjukkan tahap pengasingan sisa di punca menerusi program kitar semula hanyalah sekadar lima peratus!

Satu peratusan sangat kecil berbanding kebergantungan kita terhadap tapak pelupusan, iaitu 95 peratus.

“Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada konsep 3R, Reduce (mengurang), Reuse (guna semula) dan Recycle (mengitar semula) dalam pengurusan sisa pepejal.

“Malah, tidak ada mana-mana negara sekali pun di dunia ini yang bergantung 100 peratus menerusi kaedah kitar semula," kata Nadzri.

Biarpun dilihat ada ‘sinar harapan’ pengaktifan program kitar semula menerusi penguatkuasaan sistem pengasingan bermula 1 September lepas ekoran pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672), namun ia tidak boleh disandarkan harapan sepenuhnya.

Hakikatnya, sistem pengasingan dipunca ataupun kitar semula, bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian ke arah pengurangan kadar penjanaan sisa pepejal ke tapak pelupusan.

Semuanya berbalik kepada minda masyarakat.

Kata Nadzri, masih ada segelintir masyarakat yang acapkali mengambil mudah akan perihal berkaitan dengan kebersihan serta pengurusan sisa pepejal.

“Bukan senang untuk mengubah minda masyarakat terutama yang berkaitan dengan kebersihan, kitar semula dan penggunaan teknologi terkini.

“Ia (ubah minda) antara cabaran terbesar dan paling susah. Contohnya, mereka kata kita tidak sediakan tong sampah kitar semula, walhal yang sebenarnya kita sudah sedia. Tetapi masyarakat (bukan semua) masih lagi mencampurkan sisa," katanya.

Begitu jugalah dalam hal mengaplikasi teknologi insinerator bagi pengurusan sisa. Negara lain seperti Denmark turut menerima bantahan pada peringkat awal.

Namun, selepas penerangan demi penerangan diberikan akhirnya insinerator bukan sahaja diterima penduduk negara itu malah ada dibina kurang satu kilometer dari kawasan perumahan.

Justeru, dalam perlaksanaan pengurusan sisa pepejal pada masa hadapan adalah perlu dilakukan secara integrasi merangkumi perubahan gaya hidup, 3R dan teknologi pelupusan terkini seperti insinerator.

Sumber : Agensi
Anonymous  /  at  23:40  /  No comments

Penafian..

Salam sejahtera...

Untuk makluman anda, Blog ini akan dikemaskini berdasarkan maklumat yang diperolehi dari semasa ke semasa. Terbuka bagi semua tahap umur, tiada unsur atau bahan terlarang dan tidak akan mempunyai mana-mana isu politik. Kami berharap anda selesa dan mendapat pelbagai maklumat yang berguna dari Blog kami ini. Terima kasih.

- MesraInfo4U Admin -
Copyright © 2013 MesraInfo4U. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.