Rutin Pagi Yang Meningkatkan Penampilan

Unknown  /  at  00:00  /  No comments


Untuk memulakan hari yang indah dan berjalan lancar bukan sekadar mengenakan pakaian yang berjenama tetapi memerlukan anda menjalankan beberapa rutin pagi. Semestinya rutin harian ini membantu meningkatkan penampilan untuk jadi lebih yakin.

Semburan Pewangi Istimewa

Memakai pewangi setiap hari bukan saja memberi anda kesegaran minda tetapi membuatkan anda mempunyai bau badan atau 'trademark' bau tersendiri. Pewangi yang sama akan membuatkan buah hati anda cukup mengenali karakter diri anda. Untuk tampil bertenaga, penuh wangi dan yakin sepanjang masa, padankan pewangi bersama deodoran, cologne dan sabun supaya bauan lebih serasi.

Hidangan Kafein

Kopi hitam, teh hitam atau teh hijau cukup kaya dengan sumber antioksida yang membantu mengekalkan anda sentiasa muda. Menurut kajian, mengambil minuman ini setiap hari dalam kuantiti sederhana mampu membantu merendahkan risiko dementia yang menjadi punca pembentukan kanser. Malah, secawan minuman berkafein membantu pagi anda lebih bertenaga untuk memulakan hari baru.

Jangan Lupa Pencuci Muka

Biar 'mandi burung' sekalipun gara-gara terbangun lewat, pastikan anda mencuci wajah anda dengan pencuci yang berkualiti serta mengandungi  2% asid salicylic kerana ia membantu membersih kulit anda sehingga mendalam. Untuk memberi wajah lebih segar, pori tertutup dan anjal setiap pagi, basuh muka dengan air sejuk.

Bawa Bekal Lebih Selamat

Menghasilkan sarapan atau tengahari tidaklah mengambil masa yang lama. Kebaikan yang anda peroleh apabila membawa bekalan adalah dapat menjimatkan kos perbelanjaan dan mengetahui lebihan kalori serta sodium yang tidak diperlukan seperti terdapat di dalam kebanyakan makanan proses. Bukan itu sahaja, membawa bekalan makanan sendiri akan memberi perubahan ketara dari segi kesihatan dan berat badan anda.

100 Kali 'Push Up'

Ia mungkin alasan biasa tapi hasilnya amat luar biasa. Melakukan 100 kali senaman 'push up' setiap pagi sebelum memulakan tugasan akan memberikan anda perut yang berotot dan bicep yang kuat seperti yang digila-gilakan ramai wanita. Malah, senaman setiap pagi ini turut membantu memperbaiki postur badan di mana ia membantu anda lebih tinggi dan yakin.

Pencukuran Yang Baik

Wanita lebih gemar wajah yang bersih selepas melakukan pencukuran. Jangan biarkan hari-hari anda dalam seminggu tidak melakukan proses pencukuran kerana wajah seseorang boleh berubah hanya kerana misai mahupun jambang! Mungkin ada yang berpendapat jambang memberi rupa yang menarik tetapi fikirkan semula kerana wajah bersih adalah ekspresi pertama orang melihat anda.

Jangan Lupa Krim Mata

Mungkin anda menganggap ia kerja wanita untuk sering menyapu krim sekitar mata sebelum keluar rumah. Sebagai lelaki, anda juga tidak terkecuali kerana mata merupakan bahagian pertama yang dilihat dan untuk mengetahui tanda-tanda penuaan. Menekap sedikit krim mata setiap pagi membantu melembapkan sekitar mata yang kering dan mengurangkan kedutan. Kandungan seperti retinol (vitamin A) membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus.

Bersihkan Gigi

Meskipun ramai yang tertanya-tanya sama ada lebih baik memberus gigi sebelum atau selepas makan, tetapi memberus gigi setiap pagi adalah penting untuk memberikan senyuman yang menarik serta nafas yang segar. Membersihkan mulut bukan sekadar memberus gigi tetapi membuat rawatan gigi setahun sekali.

Jangan Tinggalkan Sarapan

Bayangkan jika tubuh anda ibarat sebuah mesin yang memerlukan minyak untuk bertindak dengan sempurna. Begitu juga dengan anda yang memerlukan sumber tenaga hasil dari sarapan yang anda ambil setiap pagi. Kombinari terbaik untuk sarapan adalah protein, bijirin seperti oat yang dicampur dengan hirisan buah, yogurt atau telur dadar bersama sayuran. JIka anda terlewat sekalipun, kisar buah-buahan bersama susu atau jus dan campurkan satu sudu serbuk protein.

Share
Posted in: Posted on:

0 comments:

Penafian..

Salam sejahtera...

Untuk makluman anda, Blog ini akan dikemaskini berdasarkan maklumat yang diperolehi dari semasa ke semasa. Terbuka bagi semua tahap umur, tiada unsur atau bahan terlarang dan tidak akan mempunyai mana-mana isu politik. Kami berharap anda selesa dan mendapat pelbagai maklumat yang berguna dari Blog kami ini. Terima kasih.

- MesraInfo4U Admin -
Copyright © 2013 MesraInfo4U. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.