10 Tip Untuk Wanita Menoleh Pada Anda

Unknown  /  at  23:56  /  No comments


Wanita suka lelaki yang bersih dan wangi. Maka soalan tentang perlukah kaum lelaki melakukan grooming adalah sudah tidak relevan. Ia memang perlu. Sebagai lelaki yang mahu sentiasa mendapat tempat di hati wanita, kebersihan dan kekemasan perlu diambil kira. Jika anda ingin tahu rahsianya, ikuti tip ini. Wanita pasti terpikat, atau paling tidak menoleh!

Trim Bulu Hidung

Perkara asas ini sering diabaikan oleh kaum lelaki. Kadangkala sampaikan bulu hidung terkeluar pun tidak perasan. Hari ini, sudah banyak syarikat kecantikan mengeluarkan peralatan berbentuk pengetip pelbagai guna. Percayalah bahawa alat ini memang berguna tanpa ramai yang menyedari. Buanglah bulu hidung yang sudah terjulur itu.

Kemas Bulu Kening Berselerak

Bukan bertujuan untuk membentuk tetapi mengemas bulu-bulu kening yang tumbuh berselerak. Mengamalkan menyikat bulu kening setiap hari mampu membantu bulu kening kemas dan tersusun.

Bulu Halus Sekitar Telinga dan Tengkuk

Jika anda mengunjungi kedai gunting rambut atau salon, jangan lupa minta tukang gunting rambut membersihkan bulu-bulu halus yang terdapat pada telinga dan tengkuk anda. Kita tidak mahu kelihatan seperti beruang berbulu.

Potong Kuku Pendek dan Bersih

Jangan biarkan kuku anda panjang dan kotor kerana ia menampakkan personaliti anda. Sesekali tidak salah kunjungi pusat penjagaan jari dan kuku untuk membantu kuku anda tumbuh dengan sihat dan berkilat. Hanya mereka yang pakar merawat kuku rosak atau patah.

Berus dan Flos Gigi Setiap Hari

Tidak kisahlah jika anda mempunyai gigi yang tidak rata dan kurang putih. Kebersihan gigi bukan sekadar memberus tetapi perlu flos untuk menanggalkan plak-plak dan makanan yang melekat di celah gigi.

Pilih Saiz Pakaian Sesuai

Keselesaan berpakaian perlu diambil kira tetapi bukannya terus membiarkan anda memilih saiz pakaian yang besar dari tubuh badan. Penampilan terbaik adalah memilih pakaian yang bersaiz tepat pada tubuh badan. Segaklah sikit!

Berdiri Tegak

Postur badan sangat penting untuk menunjukkan personaliti diri. Berjalan dengan tegak membuatkan anda kelihatan yakin dan gagah di hadapan wanita.

Basuh Wajah Setiap Hari

Lebih baik mengaku jika anda tergolong orang yang menggunakan sabun mandi untuk membasuh muka.Kebanyakan sabun badan mempunyai bahan yang kuat untuk merosakkan kulit muka. Tentunya kulit muka lebih sensitif daripada kulit badan. Memang tidak sesuai melainkan anda mahu wajah berkerak.

Minyak Wangi

Tidak mengapa jika anda bukan penggemar minyak wangi. Sekurang-kurangnya, haruman perlu ada pada diri anda walaupun sekadar deodoran, bedak, cologne mahupun losen.

Padanan Tali Pinggang dan Kasut

Ramai yang kurang arif tentang hal yang mudah ini. Dek masalah ini yang menyebabkan anda menjadi bahan bualan wanita. Jika anda memakai kasut hitam, elak memakai tali pinggang coklat. Permainan warna membantu anda menjadi lebih baik dalam berfesyen.

Kadangkala kita lupa akan perkara asas seperti ini penting untuk penampilan dan kesihatan diri. Sudah memakai pakaian mahal dan berjenama, jalan bergaya, duduk stail macho, tetapi nafas bukan main berbau dan bulu hidung terkeluar berlumba-lumba. Kalau macam itu kesnya, memang wanita akan menoleh tetapi kemudian akan cabut selaju-lajunya!

Share
Posted in: Posted on:

0 comments:

Penafian..

Salam sejahtera...

Untuk makluman anda, Blog ini akan dikemaskini berdasarkan maklumat yang diperolehi dari semasa ke semasa. Terbuka bagi semua tahap umur, tiada unsur atau bahan terlarang dan tidak akan mempunyai mana-mana isu politik. Kami berharap anda selesa dan mendapat pelbagai maklumat yang berguna dari Blog kami ini. Terima kasih.

- MesraInfo4U Admin -
Copyright © 2013 MesraInfo4U. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.