6 Tips Elakkan Makan Berlebihan

Jika hendak dibandingkan dengan zaman dahulu, kita terlalu mudah mendapatkan segala macam jenis makanan di sekeliling kita. Sebut sahaja apa jenis makanan pun, pasti kita tahu di mana untuk mendapatkannya. Selain itu, tekak dan perut seolah-olah selalu ‘meminta-minta’ agar diisi walaupun baru seketika selepas kita menikmati hidangan yang lazat.

Jika anda ingin menurunkan berat badan untuk mendapatkan badan yang sihat dan cantik, anda perlu mengetahui isyarat-isyarat yang terdapat pada badan anda. Anda juga perlu mengawal isyarat-isyarat ini supaya anda tidak menerima isyarat yang salah. Jika anda sudah mengenali isyarat-isyarat ini, anda akan berjaya mengawal minda dan tekak anda dalam pemilihan dan corak pemakanan harian anda.

Berikut dikongsikan 6 tips untuk mengenali rasa lapar anda supaya anda boleh mengawal kalori yang anda ambil dan mengelakkan pengambilan makanan secara berlebihan:

1. Gunakan Skala Kelaparan

Adakah anda benar-benar tahu bagaimana rasa lapar yang sebenar? Adakah setiap kali anda berasa lapar anda terus mencari makanan? Anda perlu mengenali isyarat fizikal pada badan anda yang menunjukkan keperluan sebenar badan anda. Sebelum anda makan, cuba anda menilai skala kelaparan untuk mengetahui keperluan makanan yang sebenar seperti berikut:

  • Sangat lapar: Rasa tidak selesa, tidak boleh fokus dan ditambah dengan rasa sakit kepala atau rasa gelisah. Ini disebabkan kandungan gula dalam badan yang rendah kesan daripada kurangnya pengambilan makanan. Situasi ini boleh mendorong anda untuk makan dengan jumlah yang banyak.

  • Lapar: Anda sudah fikir apa makanan yang anda ingin makan selepas ini. Jika anda tidak makan dalam masa sejam pada waktu tersebut, anda mungkin akan masuk ke dalam tahap ‘sangat lapar’ seperti di atas.

  • Sederhana lapar: Perut anda mula berbunyi dan anda sudah memikirkan untuk mengisi perut anda yang kosong itu. Ini adalah masa yang terbaik untuk anda makan.

  • Senang hati: Anda berasa kenyang; bukan terlalu kenyang dan tidak berasa lapar. Anda rasa tenang dan selesa dan tidak terfikir tentang snek atau minum petang.

  • Kenyang: Jika anda masih lagi makan pada waktu ini, anda telah makan di luar rasa lapar dan keperluan anda. Perut anda akan berasa penuh dan rasa makanan yang anda suapkan ke mulut itu tidak lagi sesedap seperti suapan pertama anda

  • Terlalu kenyang: Anda berasa tidak selesa dan rasa pedih ulu hati berpunca dari asid perut yang menganggu kawasan esofagus anda.

2. Makan Setiap 4 Jam

Masih tidak boleh meneka bagaimana rasa lapar yang sebenar? Cuba setkan jam anda. Kebiasaanya, rasa sederhana lapar bertukar kepada terlalu lapar berlaku dalam tempoh 4 – 5 jam selepas anda menikmati makanan yang seimbang. Jika anda menunggu terlalu lama untuk makan, ia boleh menyebabkan anda berasa terlalu lapar dan terburu-buru mencari makanan. Ini boleh menjejaskan pemilihan makanan anda pada waktu itu. Makan pada waktu yang tetap akan membuatkan tahap gula dalam darah dan tenaga anda sentiasa berada dalam keadaan stabil.

Jika anda berasa lapar di antara waktu makan anda, makan snek 150 kalori boleh membantu anda untuk menghilangkan rasa lapar anda itu. Anda boleh mencuba makan makanan serat penuh seperti buah-buahan dan kekacang tanpa garam. Makanan seperti ini mengandungi kandungan fiber dan air yang membuatkan anda berasa kenyang untuk tempoh yang panjang.

3. Tidak Skip Sarapan

Kajian terhadap 900 orang dewasa mendapati mereka yang makan sarapan yang seimbang mengandungi lemak, protein, dan karbohidrat di waktu pagi berasa selesa dan tidak mudah lapar sepanjang hari berbanding mereka yang meninggalkan sarapan pagi.

Jika anda berasa sangat lapar sebelum waktu tengahari, ia mungkin disebabkan oleh tidak bersarapan. Oleh itu anda perlu makan sekurang-kurangnya makanan yang mempunyai 250 kalori setiap pagi dengan beberapa cara mudah:

Sediakan sarapan sebelum anda tidur. Anda perlu merancang sarapan anda supaya anda boleh membelinya dengan lebih awal seperti roti serat penuh, buah-buahan, dan lain-lain.
Sediakan sekotak bijirin atau sebungkus oat dengan susu rendah lemak atau susu soya di tempat kerja anda sekiranya anda tidak sempat bersarapan di rumah.
Makan sarapan sedikit lewat jika perut anda tidak boleh menerima makanan di awal pagi. Sarapan pada pukul 9 atau 10 pagi masih boleh membantu anda untuk sentiasa bertenaga dan selesa sepanjang hari.

4. Makan Makanan Rendah Kalori

Makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi boleh membantu anda mengelakkan rasa lapar dengan cepat. Di dalam satu kajian mendapati seseorang yang makan makanan yang mengandungi cecair yang tinggi akan makan kurang 21% berbanding mereka yang makan makanan yang rendah kandungan cecairnya.

Anda boleh mencuba corak pemakanan yang dicadangkan seperti di berikut:

Untuk makan malam, anda disarankan untuk menambah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran bersama hidangan makan malam anda. Daging putih seperti ikan juga sangat baik untuk badan anda.

Pilih buah-buahan segar berbanding buah-buahan yang dikeringkan. Kalori kedua-dua jenis buahan ini adalah sama, tetapi dengan makan buah-buahan segar yang kandungan airnya tinggi, ia seperti anda telah minum secawan penuh jus anggur. Anda akan berasa lebih kenyang berbanding makan makanan kering dalam jumlah yang sama.

5. Makan Snek Yang Kaya Dengan Fiber

Fiber boleh membantu anda untuk berasa kenyang dengan cepat dan untuk jangka masa yang panjang. Ini adalah kerana badan anda perlu memproses makanan yang tinggi fiber ini dengan lebih perlahan. Ini menyebabkan anda akan berasa kenyang hampir sepanjang hari. Makanan yang kaya dengan fiber ini juga mengandungi kandungan kalori yang rendah.  Selain itu, antara kebaikan fiber juga ia dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes dan penyakit jantung.

Anda boleh mencuba makan sekurang-kurangnya 25g fiber setiap hari seperti tips berikut:

Masukkan buah-buahan seperti epal dan lobak merah yang kaya dengan fiber ke dalam makanan dan snek anda. Cuba gantikan makanan yang anda selalu makan seperti roti dan nasi dengan makanan yang mempunyai serat penuh seperti roti serat penuh dan bijirin penuh.

6. Tambahkan Protein Sihat ke Dalam Makanan Harian

Kajian terhadap 46 orang wanita yang sedang berdiet mendapati, 30% atau 18% daripada kalori yang diambil dari makanan adalah dari sumber protein. Makanan yang kaya dengan protein ini sebenarnya juga boleh membantu mengenyangkan dan mengurangkan rasa lapar. Selain itu, selepas 12 minggu, wanita-wanita ini akan meperolehi bentuk badan yang cantik hasil dari diet sihat mereka.

Anda juga boleh mencuba dengan menambahkan sehidang makanan protein sihat seperi putih telur atau tuna atau sepotong ayam tanpa kulit di setiap waktu makan anda. Anda boleh minum bersama susu soya yang rendah lemak dan tinggi kandungan fiber dan proteinnya.
Unknown  /  at  18:10  /  No comments

Posted in: Read Complete Article»

0 comments:

6 Jenis Teh Sihat

Berita baik buat penggemar minuman teh kerana teh bukan sekadar penghilang dahaga tetapi mendatangkan banyak manfaat. Di sebalik teh yang biasa anda minum, jom ketahui jenis-jenis teh lain yang jarang diminum tetapi turut mempunyai kebaikan luar biasa. Mungkin lepas ini, anda boleh selang-seli minum teh mengikut jenis kegemaran.

Darjeeling

Rasa teh ini bergantung pada musim ketika daun yang dipilih. Darjeeling mempunyai pelbagai rasa bermula dari rasa sedikit astrigen pada musim bunga, mempunyai rasa kuat dan rasa buah pada musim panas dan rasa ringan pada musim luruh. Kajian juga mengatakan bahawa teh hitam seperti Darjeeling ini mampu membantu mengurangkan risiko diabetes tahap kedua.

Suhu kepanasan air: 200-212°
Tempoh rendam: 3-5 minit

Pu-erh

Teh penyembuhan zaman purba ini mengalami satu proses penapaian dalam tempoh yang lama untuk mendapatkan satu rasa yang enak, bersifat 'malty' dan merangsang bakteria yang baik untuk kesihatan. Kajian turut berpendapat teh pu-erh mampu membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular yang menjadi punca kepada obesiti dan kenaikan gula dalam darah.

Suhu kepanasan air: 200-212°
Tempoh rendam: 3-5 minit

White

Daun teh putih kurang diproses berbanding teh daun hitam, hijau atau oolong. Menurut pengasas dan juga CEO Numi Organic Tea, Ahmed Rahim, teh ini mempunyai rasa halus seperti kesegaran aprikot. Malah kajian juga mendapati, teh putih mampu membantu mencegah kulit yang berkedut dan menggeleber.

Suhu kepanasan air: 170-185°
Tempoh rendam: 2-3 minit

Oolong

Teh oolong mengalami prosis dioksida atau dikeringkan, dicampur teh hijau atau teh hitam untuk menghasilkan rasa yang hebat. Teh oolong boleh dihasilkan daripada rasa ringan kepada rasa banyak susu dan kaya madu. Teh oolong mengandungi satu sebatian yang boleh membantu menukarkan lemak kepada tenaga.

Suhu kepanasan air: 170-190°
Tempoh rendam: 2-3 minit

Hibiscus

Ramai yang mengganggap ia bukan sejenis teh tetapi anda boleh mendapatkannya di pasaran dengan nama Hibiscus Tea. Mungkin anda lebih mengenali dengan panggilan teh roselle, bukan? Buah roselle terkenal dengan rasa buahnya yang masam, berwarna seperti magenta gelap dan kaya dengan sumber vitamin C. Minuman teh yang berwarna merah jambu ini mampu membantu mengurangkan tekanan darah sistole. Kajian ini telah dibuktikan menerusi terbitan Journal of Nutrition.

Suhu kepanasan air: 212°
Tempoh rendam: 4-6 minit

Rooibos

Teh ini diperbuat daripada satu herba yang tumbuh secara eksklusif di Afrika Selatan. Teh rooibus kaya dengan rasa vanila semulajadi. Menurut kajian dari University of Stellenbosch, kandungan tisane bebas kafein ini bersifat antioksidan yang mampu membantu  merendahkan tahap hormon stres kortisol.

Suhu kepanasan air: 212°
Tempoh rendam: 4-6 minit

Teh pertama kali ditemukan pada tahun 2737 sebelum masihi oleh seorang maharaja China bernama Shen Nung. Suatu hari, daun teh dari tanaman teh yang ada di kebun milik Shen Nung telah jatuh ke dalam air panas yang sedang dimasaknya. Apabila daun teh tersebut jatuh di dalam air panas, aroma sedap yang terhasil membuatkan Shen Nung tergoda untuk meminumnya. Bukan saja aroma yang wangi tetapi rasanya yang sedap dan sedikit pahit telah membuatkan Shen Nung merasa segar. Shen Nung yang juga handal dalam seni perubatan percaya teh mempunyai khasiat dalam penyembuhan. Teh kemudian berkembang sehingga ke Jepun dan Eropah.
Unknown  /  at  00:31  /  No comments

15 Jalan Mudah Elak Kanser

Jangan ambil ringan apabila statistik lelaki-lelaki di Malaysia yang menghidap kanser terutama prostat tidak seramai Amerika Syarikat. Hakikatnya, lelaki-lelaki Asia masih merasa malu untuk menceritakan masalah prostat mereka. Sama ada anda tergolong kelompok yang malu ini, mari lihat jalan mudah yang boleh membantu mencegah kanser.

Hidang Kubis Jeruk Dalam Hidangan

Mungkin anda boleh cuba hidangan ini kerana menurut kajian Finnish, makanan yang melalui proses penapaian akan menghasilkan beberapa sebatian yang boleh menghalang kanser. Jika anda membelinya di dalam tin, bilas kubis jeruk untuk mengurangkan natrium sebelum anda makan.

Perbanyakkan Makan Sayur Brokoli

Sayur brokoli merupakan makanan  terbaik dalam menentang kanser jika anda mengambilnya setiap hari. Namun, sayur brokoli lebih baik jika anda mengukusnya untuk menjadi makanan kudapan atau ditambah ke dalam sup atau dijadikan salad. Elak masak di dalam gelombang mikro kerana ia menghapuskan 97% flavonoids dalam brokoli.

Tambah Kacang Brazil di Dalam Salad

Kacang brazil kaya dengan selenium, iaitu sejenis mineral yang boleh membunuh sel kanser dan membantu sel membaiki DNA. Kajian Harvard mendapati 1,000 lelaki yang menghidap kanser prostat yang mempunyai tahap darah tinggi selenium berjaya kurangkan 48% sakit ini. Kajian yang dilakukan di Universiti Cornell dan University of Arizona menunjukkan bahawa 200 mikrogram selenium setiap hari tanpa membuang kulit kacang brazil mengurangkan 63% risiko tumor prostat, 58% kanser kolorektum, 46% kanser paru-paru dan 39% sakit kanser secara keseluruhan.

Ambil Kalsium Bersama Vitamin D Sebagai Makanan Tambahan

Menurut kajian Dartmouth Medical School, makanan tambahan seperti kalsium bersama vitamin D membantu mengurangkan  polip kanser iaitu sejenis risiko mendapatkan kanser kolon pada orang yang mempunyai masalah ketumbuhan.

Masukkan Bawang Putih Setiap Kali Hidangan

Bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang boleh merangsang sistem imun semula jadi untuk menentang kanser dan juga mengurangkan pertumbuhan tumor. Ada kajian mengatakan bawang putih boleh mengurangkan insiden kanser perut.

Bersarapan Dengan Beri Biru

Buah beri biru merupakan buah yang terbaik kerana kandungan antioksidan yang tinggi. Antioksidan meneutralkan radikal bebas di mana terdapat sebatian yang tidak stabil yang boleh merosakkan sel dan menjadi punca kepada kanser.

Banyakkan Sos Perapan Untuk Makanan Bakar

Daging yang dipanggang atas api boleh mewujudkan pelbagai jenis bahan-bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser. Namun, kajian yang diperoleh dari American Institute for Cancer Research mendapati salutan daging dengan sos perapan yang tebal mampu mencegah terdedah dengan api secara langsung dan mengurangkan jumlah bahan kimia. Adalah lebih baik anda masak daging anda di dalam ketuhar terlebih dulu sebelum mula gril di atas api supaya daging anda masak sempurna.

Minum Banyak Air Kosong

Menurut kajian dari The New England Journal of Medicine pada tahun 1996 mendapati lelaki yang meminum lapan gelas air kosong setiap hari membantu menyingkirkan risiko kanser pundi kencing. Wanita yang minum banyak air kosong pula membantu mengurangkna risiko kanser kolon. Penggemar minuman air kosong membantu mengurangkan risiko kanser sebanyak 45%.

Jadikan minuman teh hijau sebagai tabiat sihat

Kehebatan teh hijau terbukti di Asia sejak beribu tahun lagi. Di barat, kajian baru membongkarkan bahawa teh hijau membantu menentang pelbagai jenis kanser. Para saintis percaya bahan kimia yang terdapat di dalam teh hijau yang dipanggil EGCG merupakan salah satu bahan yang paling hebat melawan kanser.

Ambil Salmon Bakar Sebagai Menu Makan Malam

Kajian dari Australia mendapati sesiapa yang mengambil empat atau lebih hidangan salmon setiap minggu mampu menentang kanser leukemia, myeloma dan non-Hodgkin lymphoma. Salmon, makerel, halibut, sardin dan tuna turut membantu mengurangkan risiko kanser endometrium terhadap wanita. Hebatnya makanan yang kaya omega-3 ini, bukan?

Berjemur 15 Minit Setiap Hari

Cahaya matahari mengandungi vitamin D dan tahukah anda bahawa kekurangan vitamin D meningkatkan risiko kanser termasuk payudara, kolon, prostat, ovari dan perut. Begitu juga penyakit diabetes, osteoporosis dan tekanan darah tinggi. Sesekali melakukan aktiviti luar di bawah cahaya matahari selama 15 minit tidaklah menggelapkan kulit anda tetapi membantu mengelak kanser.

Pilih Kiwi Sebagai Buah Pilihan

Buah kiwi membantu melawan kanser kerana kandungannya yang kaya vitamin C, vitamin E, lutein dan zat besi. Oh ya, petua melembutkan isi daging adalah dengan menggosok hirisan buah kiwi pada daging yang mempunyai lemak.

Jadikan Buah Sitrus Sebagai Minuman Harian

Pengambilan buah sitrus seperti lemon dan limau mampu membantu mengurangkan risiko kanser mulut, tekak dan perut.

Beli Makanan Organik

Makanan organik ditanam tanpa sebarang penggunaan racun perosak di mana racun perosak boleh menjadi punca kerosakan sel yang akhirnya menjuruskan kepada kanser.

Ambil Multivitamin Setiap Pagi

Banyak kajian mencadangkan untuk mendapatkan  tahap kesihatan yang terbaik, jangan lupa mengambil vitamin dan mineral kerana ia membantu memperbaiki fungsi  sestem imun dan membantu mencegah pelbagai jenis kanser.

Jika anda percaya anda sihat sepenuhnya dari sebarang kanser, tidak ada salahnya anda mengambil tahu serba sedikit tip mudah untuk elak kanser. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.
Unknown  /  at  00:28  /  No comments

Lelaki dan Diet Atkins

Pengamal diet Atkins menolak karbohidrat sebaliknya ambil banyak protein
Siapa kata lelaki tidak sanggup berdiet Atkins? Diet ini cukup dikenali di kalangan lelaki yang mahukan turun berat badan secara cepat dan berkesan. Tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa diet ini mendatangkan pro dan kontra tanpa disedari.

Apa itu diet Atkins?

Diet ini pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins pada awal tahun 70an. Pada awalnya, diet ini tidak begitu popular dan tidak mempunyai pengikut yang ramai kerana pada masa itu, lebih ramai yang memilih untuk berdiet rendah lemak. Teori diet Atkins mengatakan bahawa anda hanya perlu mengambil makanan yang mengandungi protein dan tidak boleh menyentuh makanan bersumber karbohidrat sama sekali. Pada dua minggu pertama, tubuh badan akan menghasilkan ketosis iaitu keadaan di mana  tubuh akan menggunakan lemak sebagai bahan bakar.

Kebanyakan yang mengamalkan diet Atkins berjaya kurus kerana dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula. Badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut. Untuk lebih difahami, menerusi diet Atkins ini karbohidrat disingkirkan terus dari pemakanan kita, bermakna kalori dapat dikurangkan dan membawa kepada penyusutan berat badan.
Diet rendah lemak tidak berkesan?

Sebelum ini, ramai yang mengamalkan diet rendah lemak tidak berjaya menurunkan berat badan walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Sekalipun berjaya menurunkan berat badan, namun selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tidak mampu mengikut teknik diet rendah lemak itu buat masa yang lama.

Keburukan di sebalik diet Atkins?

Sepanjang anda melakukan diet ini, tubuh badan akan berada di dalam keadaan ketosis iaitu keadaan di mana tubuh akan menggunakan lemak sebagai bahan bakar. Pengambilan banyak protein menyebabkan anda mengambil banyak kolesterol dalam seharian. Sebagai contoh, makanan laut seperti udang dan ikan mempunyai protein yang tinggi dan hampir kesemuanya mengandungi kolesterol yang menjadi punca kepada sakit jantung. Ketosis akan menyebabkan nafas berbau, menyebabkan osteoporosis dan merosakkan buah pinggang jika dilakukan dalam jangka masa panjang. Selain itu, ketosis juga membawa kepada penghasilan urik asid, iaitu penyebab kepada penyakit-penyakit seperti gout (sakit sendi), batu karang dan sembelit.

Diet Atkins memang boleh menurunkan berat badan dengan pantas tapi usah terkejut apabila hasil bentuk tubuh anda akan lebih kepada kurus lembik dan bukannya berotot kerana penurunan  pantas ini hanya melibatkan penurunan berat air dan otot! Apa pun terpulang pada anda sendiri untuk tampil kurus dan lebih sihat. Orang kata, hendak tampil 'elok', biarlah bijak dan berpada-pada. Tepuk dada tanyalah selera!
Unknown  /  at  00:20  /  No comments

Rutin Pagi Yang Meningkatkan Penampilan

Untuk memulakan hari yang indah dan berjalan lancar bukan sekadar mengenakan pakaian yang berjenama tetapi memerlukan anda menjalankan beberapa rutin pagi. Semestinya rutin harian ini membantu meningkatkan penampilan untuk jadi lebih yakin.

Semburan Pewangi Istimewa

Memakai pewangi setiap hari bukan saja memberi anda kesegaran minda tetapi membuatkan anda mempunyai bau badan atau 'trademark' bau tersendiri. Pewangi yang sama akan membuatkan buah hati anda cukup mengenali karakter diri anda. Untuk tampil bertenaga, penuh wangi dan yakin sepanjang masa, padankan pewangi bersama deodoran, cologne dan sabun supaya bauan lebih serasi.

Hidangan Kafein

Kopi hitam, teh hitam atau teh hijau cukup kaya dengan sumber antioksida yang membantu mengekalkan anda sentiasa muda. Menurut kajian, mengambil minuman ini setiap hari dalam kuantiti sederhana mampu membantu merendahkan risiko dementia yang menjadi punca pembentukan kanser. Malah, secawan minuman berkafein membantu pagi anda lebih bertenaga untuk memulakan hari baru.

Jangan Lupa Pencuci Muka

Biar 'mandi burung' sekalipun gara-gara terbangun lewat, pastikan anda mencuci wajah anda dengan pencuci yang berkualiti serta mengandungi  2% asid salicylic kerana ia membantu membersih kulit anda sehingga mendalam. Untuk memberi wajah lebih segar, pori tertutup dan anjal setiap pagi, basuh muka dengan air sejuk.

Bawa Bekal Lebih Selamat

Menghasilkan sarapan atau tengahari tidaklah mengambil masa yang lama. Kebaikan yang anda peroleh apabila membawa bekalan adalah dapat menjimatkan kos perbelanjaan dan mengetahui lebihan kalori serta sodium yang tidak diperlukan seperti terdapat di dalam kebanyakan makanan proses. Bukan itu sahaja, membawa bekalan makanan sendiri akan memberi perubahan ketara dari segi kesihatan dan berat badan anda.

100 Kali 'Push Up'

Ia mungkin alasan biasa tapi hasilnya amat luar biasa. Melakukan 100 kali senaman 'push up' setiap pagi sebelum memulakan tugasan akan memberikan anda perut yang berotot dan bicep yang kuat seperti yang digila-gilakan ramai wanita. Malah, senaman setiap pagi ini turut membantu memperbaiki postur badan di mana ia membantu anda lebih tinggi dan yakin.

Pencukuran Yang Baik

Wanita lebih gemar wajah yang bersih selepas melakukan pencukuran. Jangan biarkan hari-hari anda dalam seminggu tidak melakukan proses pencukuran kerana wajah seseorang boleh berubah hanya kerana misai mahupun jambang! Mungkin ada yang berpendapat jambang memberi rupa yang menarik tetapi fikirkan semula kerana wajah bersih adalah ekspresi pertama orang melihat anda.

Jangan Lupa Krim Mata

Mungkin anda menganggap ia kerja wanita untuk sering menyapu krim sekitar mata sebelum keluar rumah. Sebagai lelaki, anda juga tidak terkecuali kerana mata merupakan bahagian pertama yang dilihat dan untuk mengetahui tanda-tanda penuaan. Menekap sedikit krim mata setiap pagi membantu melembapkan sekitar mata yang kering dan mengurangkan kedutan. Kandungan seperti retinol (vitamin A) membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus.

Bersihkan Gigi

Meskipun ramai yang tertanya-tanya sama ada lebih baik memberus gigi sebelum atau selepas makan, tetapi memberus gigi setiap pagi adalah penting untuk memberikan senyuman yang menarik serta nafas yang segar. Membersihkan mulut bukan sekadar memberus gigi tetapi membuat rawatan gigi setahun sekali.

Jangan Tinggalkan Sarapan

Bayangkan jika tubuh anda ibarat sebuah mesin yang memerlukan minyak untuk bertindak dengan sempurna. Begitu juga dengan anda yang memerlukan sumber tenaga hasil dari sarapan yang anda ambil setiap pagi. Kombinari terbaik untuk sarapan adalah protein, bijirin seperti oat yang dicampur dengan hirisan buah, yogurt atau telur dadar bersama sayuran. JIka anda terlewat sekalipun, kisar buah-buahan bersama susu atau jus dan campurkan satu sudu serbuk protein.
Unknown  /  at  00:00  /  No comments

10 Tip Untuk Wanita Menoleh Pada Anda

Wanita suka lelaki yang bersih dan wangi. Maka soalan tentang perlukah kaum lelaki melakukan grooming adalah sudah tidak relevan. Ia memang perlu. Sebagai lelaki yang mahu sentiasa mendapat tempat di hati wanita, kebersihan dan kekemasan perlu diambil kira. Jika anda ingin tahu rahsianya, ikuti tip ini. Wanita pasti terpikat, atau paling tidak menoleh!

Trim Bulu Hidung

Perkara asas ini sering diabaikan oleh kaum lelaki. Kadangkala sampaikan bulu hidung terkeluar pun tidak perasan. Hari ini, sudah banyak syarikat kecantikan mengeluarkan peralatan berbentuk pengetip pelbagai guna. Percayalah bahawa alat ini memang berguna tanpa ramai yang menyedari. Buanglah bulu hidung yang sudah terjulur itu.

Kemas Bulu Kening Berselerak

Bukan bertujuan untuk membentuk tetapi mengemas bulu-bulu kening yang tumbuh berselerak. Mengamalkan menyikat bulu kening setiap hari mampu membantu bulu kening kemas dan tersusun.

Bulu Halus Sekitar Telinga dan Tengkuk

Jika anda mengunjungi kedai gunting rambut atau salon, jangan lupa minta tukang gunting rambut membersihkan bulu-bulu halus yang terdapat pada telinga dan tengkuk anda. Kita tidak mahu kelihatan seperti beruang berbulu.

Potong Kuku Pendek dan Bersih

Jangan biarkan kuku anda panjang dan kotor kerana ia menampakkan personaliti anda. Sesekali tidak salah kunjungi pusat penjagaan jari dan kuku untuk membantu kuku anda tumbuh dengan sihat dan berkilat. Hanya mereka yang pakar merawat kuku rosak atau patah.

Berus dan Flos Gigi Setiap Hari

Tidak kisahlah jika anda mempunyai gigi yang tidak rata dan kurang putih. Kebersihan gigi bukan sekadar memberus tetapi perlu flos untuk menanggalkan plak-plak dan makanan yang melekat di celah gigi.

Pilih Saiz Pakaian Sesuai

Keselesaan berpakaian perlu diambil kira tetapi bukannya terus membiarkan anda memilih saiz pakaian yang besar dari tubuh badan. Penampilan terbaik adalah memilih pakaian yang bersaiz tepat pada tubuh badan. Segaklah sikit!

Berdiri Tegak

Postur badan sangat penting untuk menunjukkan personaliti diri. Berjalan dengan tegak membuatkan anda kelihatan yakin dan gagah di hadapan wanita.

Basuh Wajah Setiap Hari

Lebih baik mengaku jika anda tergolong orang yang menggunakan sabun mandi untuk membasuh muka.Kebanyakan sabun badan mempunyai bahan yang kuat untuk merosakkan kulit muka. Tentunya kulit muka lebih sensitif daripada kulit badan. Memang tidak sesuai melainkan anda mahu wajah berkerak.

Minyak Wangi

Tidak mengapa jika anda bukan penggemar minyak wangi. Sekurang-kurangnya, haruman perlu ada pada diri anda walaupun sekadar deodoran, bedak, cologne mahupun losen.

Padanan Tali Pinggang dan Kasut

Ramai yang kurang arif tentang hal yang mudah ini. Dek masalah ini yang menyebabkan anda menjadi bahan bualan wanita. Jika anda memakai kasut hitam, elak memakai tali pinggang coklat. Permainan warna membantu anda menjadi lebih baik dalam berfesyen.

Kadangkala kita lupa akan perkara asas seperti ini penting untuk penampilan dan kesihatan diri. Sudah memakai pakaian mahal dan berjenama, jalan bergaya, duduk stail macho, tetapi nafas bukan main berbau dan bulu hidung terkeluar berlumba-lumba. Kalau macam itu kesnya, memang wanita akan menoleh tetapi kemudian akan cabut selaju-lajunya!
Unknown  /  at  23:56  /  No comments

6 Bahagian Wanita Mahu Disentuh

Sebagai lelaki, anda hanya tahu bahagian yang sering diberi tumpuan dan diterokai. Ketahuilah bahawa wanita mempunyai deria pengesan yang sangat kuat di bahagian lain pada tubuh badannya dan bahagian yang anda abaikan ini sebenarnya membantu dirinya terangsang lebih ghairah.

Rambut

Mengekalkan rambut yang cantik bukan alasan wanita mahu mengunjungi salon rambut dengan lebih kerap. Sebenarnya, proses membasuh, memotong dan menggaya rambut memberi kepuasan hati wanita. Bayangkan jika anda membelai rambut pasangan anda dengan lembut, ia bukan sekadar menenangkan pasangan anda tetapi boleh membuatkan pasangan anda lebih manja.

Pinggul

Fokus pada pinggul pasangan merupakan idea yang baik kerana ia memberi rasa sensasi dan membangkitkan rasa sayang yang mendalam buat pasangan anda. Menyentuh pinggul pasangan anda akan menimbulkan 'getaran' buat pasangan kerana ia dianggap situasi romantik anda berdua yang tidak mungkin dilupakan.

Kaki

Kajian mendapati menggosok kaki pasangan anda akan membangkitkan satu perasaan yang mendebarkan. Hal ini kerana, kebanyakan lelaki Asia jarang mahu mengurut tapak kaki pasangan sedangkan aktiviti ini membantu melembutkan anggota badan pasangan menjadi lebih manja di sisi anda. Guna minyak aromaterapi atau losen yang membantu memberi rasa ghairah pasangan dan anda akan terdengar dengusan mesra pasangan anda!

Telinga

Ramai yang tidak tahu bahawa telinga juga merupakan bahagian sensitif wanita. Percaya atau tidak, wanita boleh menjerit dan menaikkan bulu roma saat anda menyentuh sambil memandang tepat pada matanya. Wanita akan lebih nikmat jika bibir anda bermain di telinga mereka sambil bisik perkataan "You look sexy".
Tapak Tangan

Anda sering menggunakan tangan untuk membelai pasangan anda tetapi jarang mengetahui tentang kehebatan tapak tangan. Urutan tapak tangan akan melancarkan perjalanan darah pasangan anda dan membuatkan mereka lebih memberi tumpuan terhadap anda. Meletakkan tapak tangannya di wajah dan dada anda akan membuatkan mereka lebih bertenaga.

Bahu

Salah satu cara untuk membuatkan pasangan anda merasa selesa dan selamat adalah dengan meletakkan tangan anda di belakang badannya serta bahu. Menyentuh belakang badan  serta bahu pasangan anda saja boleh buat pasangan tidak keruan. Itu belum termasuk mencium bahunya dan jari anda bermain di belakang tubuh badannya!

Memang sejak azali wanita dilahirkan sebagai insan yang pemalu. Mengetahui bahagian lain yang belum anda terokai serba sedikit menjadikan wanita lebih peka dan bersikap berani dengan kemahuan anda.
Unknown  /  at  23:53  /  No comments

Rahsia ‘6 Pack’ Bermula Dari Pinggan!

Ramai lelaki mendambakan tubuh berketul-ketul, tetapi malangnya pengambilan makanan yang tidak teratur dan salah menyebabkan badan menjadi ‘berketul’ di satu tempat saja iaitu perut!

Peraturan Yang Perlu Anda Tahu

  1. Makan seperti Raja pada sebelah pagi, makan seperti Putera pada waktu tengahari dan makan seperti pengemis pada waktu petang.
  2. Ambil enam hidangan kecil untuk menjaga kestabilan tahap gula dan minum tiga hingga empat liter air setiap hari.
  3. Ambil 150 gram protin setiap hari yang terdiri daripada daging merah kurang lemak, ikan, ayam, telur, susu atau tauhu. Badan anda menggunakan 20 hingga 30 peratus untuk menghadam protin untuk keperluan karbohidrat.
  4. Jangan menahan lapar lebih dari tiga jam kerana badan akan menekan kapasiti untuk membakar kalori.
  5. Elak mengambil makanan ringan setelah jam 11 malam.
Pemakanan Yang Perlu Diambil

Ambil lima hidangan yang terdiri dari buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Pilih makanan tinggi karbohidrat sebagai sarapan setiap pagi seperti bubur, telur separuh masak atau terlu masak hancur (scrambled egg) bersama roti gandum bakar. Jika anda mahu makanan ringan sekalipun, kekacang, buahan kering dan bijian adalah pilihan tepat. Ambil lemak sihat setiap minggu seperti minyak ikan, kacang campuran dan bijian.Antara sayuran hijau yang terbaik di dalam menu anda pula adalah brokoli, kale, bayam, kacang hijau dan kubis.

Untuk memberi kesan pembentukan otot dengan lebih cepat, ambil minuman berprotin sejam sebelum dan selepas melakukan latihan. Pilih daging kurang lemak , beras perang, roti gandum, oat, kacang dan roti rai. Selain makanan, jangan lupa mengambil cecair saat membina abdomen six pack kerana ia boleh mendatangkan perbezaan yang ketara juga. Teh hijau emmpunyai banyak kesan terhadap kesihatan. Mengambil dua atau tiga cawan sehari akan meningkatkan bendalir dan mengelakkan perut anda buncit. Buah-buahan sitrus seperti oren, limau gedang, lemon dan limau nipis membantu menyingkirkan lemak secara perlahan.

Pemakanan Yang Perlu Dielak

Elak terlalu banyak menggunakan sos berperisa di dalam hidangan anda. Kebanyakan sos yang berperisa mengandungi banyak bahan perasa tambahan yang tinggi garam dan perasa tiruan. Untuk menggantikan sos ini, guna minyak zaitun, minyak bijan, jus lemon, cuka atau sos soya kurang masin untuk memberi kelazatan hidangan anda. Jika anda memang penggemar minuman bergas, tidak ada salahnya. Pembentukan otot tidaklah sekejam yang anda sangkakan. Apa yang perlu dielak adalah elak mengambil minuman tinggi gula dan bergas ini pada lewat malam.

Makanan ringan seperti keropok, coklat, jem dan pemanis mulut perlu dielakkan kerana ia kategori makanan yang boleh mendatangkan  ketagihan buat anda. Elak juga makanan bergoreng, pasta putih, nasi putih dan roti putih. Kebanyakan tepung yang digunakan adalah tepung yang sudah dilunturkan sehingga berwarna putih. Jauhi minuman segera yang manis seperti minuman 3 in 1 dan elak juga mengambil karbohidrat pada sebelah petang.

Untuk memudahkan anda, kami ada menyediakan jadual mudah buat anda mengatur dan melatih diri dalam membina abdomen six pack ini.

  • 07.00 am: Bubur oatmil bersama pisang, kismis dan teh hijau
  • 10.00 am: Dua telur separuh masak yang dilapisi daging salai di atas roti gandum.
  • 12.00 pm: Minuman protin (sebelum latihan)
  • 02.00 pm: Minuman protin (selepas latihan), diikuti daging dada ayam bersama bayam, tomato ceri dan kentang manis.
  • 05.00 pm: Bar protin dan pisang
  • 08.00 pm: Stik tuna gril bersama brokoli, lobak merah, kale dan perasa seperti kicap kurang masin. Untuk pencuci mulut pula, ambil betik bersama halia dan jus limau.

Tip-tip ini tidaklah menggunakan perbelanjaan yang besar dan buktikan pada rakan bahawa anda bukan berangan kosong. Bolehlah anda cuba baju body fit selepas ini. Perlu berdisplin dan selamat membina otot!
Unknown  /  at  23:47  /  No comments

Jigsclue #06 Islam Liberal

Di dalam dunia yang penuh tipu muslihat ini, kesemua pihak adalah di bawah cengkaman dan pemerhatian Iblis Laknatullah dan kuncu-kuncunya dari kalangan syaitan jin dan syaitan manusia. Dendam Iblis terhadap anak cucu Adam tidak pernah terpadam selagi nafsu amarahnya masih berkobar-kobar mengenangkan dia dihalau dan dipecat dari jawatan Ketua Para Malaikat gara-gara Adam. Setiap manusia tidak kira dia Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu ataupun Islam mahupun Ateis, mereka adalah sasaran-sasaran untuk dikelirukan untuk meramaikan lagi jumlah penghuni neraka. Musuh yang paling dikehendaki dan tinggi nilainya untuk dikelirukan sudah tentu para pengikut agama Tuhan, Islam. Tetapi bagaimanakah Iblis dan proksi-proksinya di Bumi mahu mengelirukan umat ini yang diberikan Allah s.w.t Al-Quran yang mulia dan menurunkan pula manusia luarbiasa dan teragung, Muhammad s.a.w kepada mereka? Terlampau banyak pula kelebihan dan senjata serta pendinding yang dimiliki mereka sama ada mereka sedar atau tidak sedar yang amat menakutkan para syaitan dan jin hamba Iblis. Bagaimana Iblis mahu mengelirukan umat ini?

Ini adalah jigsclue #06 di bawah codename "Islam Liberal"

Sila fahami baik-baik.

"ISLAM LIBERAL"

Apakah itu Islam Liberal? Siapakah Islam Liberal?

Islam Liberal adalah satu fahaman sesat yang berpunca dari sifat tidak yakin diri, merasa rendah diri (inferiority complex) dan mengagung-agungkan gaya pemikiran Barat oleh segolongan orang Islam.

Menurut Kamus Dewan (DBP. Kuala Lumpur 1994), perkataan Liberal didefinisikan sebagai :
  1. (bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan), (fahaman) bebas. 
  2. bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya).

Merujuk kepada definisi di atas, Islam sememangnya sebuah agama yang liberal. Ia membebaskan manusia daripada belenggu penyembahan sesama makhluk, bahkan juga membebaskan manusia daripada penindasan, kezaliman dan penghinaan sesama manusia. Islam juga memiliki dasar yang terbuka terhadap peradaban manusia selagi mana ia tidak melibatkan syirik yang menyekutukan Allah, perbuatan yang menyalahi syari‘at-Nya dan kepercayaan kurafat yang merendahkan kedudukan manusia sehingga ke taraf kebinatangan.

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan Islam Liberal? Maksudnya penambahan kata 'Liberal' pada Islam yang sudah sememangnya liberal adalah sesuatu yang diada-adakan, bersifat tidak tulen dan meniru-niru pengaruh luar serta menunjukkan unsur-unsur tidak memahami seluruh konsep dalam Islam itu sendiri.

Apakah yang dimahukan oleh fahaman ini?

Jawapannya dapat kita lihat sendiri pada penambahan perkataan “Liberal” kepada Islam yang sememangnya sudah liberal. Ertinya fahaman ini mengkehendaki ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih daripada apa yang sedia ada dalam syari‘at Islam yang asli lagi tulen.

Sejarah dan Asal-usul Islam Liberal

Golongan ini muncul hasil dari jangkamasa penjajahan yang lama daripada pihak Barat ke atas umat Islam.Penjajahan yang lama ini telah mempengaruhi psikologi umat Islam amnya.Terdapat dua fenomena psikologi yang mempengaruhi umat Islam ketika jangkamasa kemunduran dan penjajahan.

Pertama adalah fenomena ‘penjajahan’ oleh negara-negara Barat ke atas hampir seluruh negara umat Islam. Kedua adalah fenomena ‘ketinggalan’ dari sudut sains dan teknologi di belakang kebanyakan negara-negara Barat. Apabila berhadapan dengan dua fenomena di atas, sikap umat Islam boleh dibahagikan kepada empat:

Pertama adalah mereka yang merasa putus asa secara keseluruhan dan duduk diam menerimanya sebagai satu ketentuan yang sememangnya merendah dan memundurkan mereka.

Kedua adalah mereka berpendapat agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Justeru untuk menjadi umat yang berkuasa dan maju, Islam perlu dipisahkan daripada kehidupan harian. Formula pemisahan ini yang digelar sekularisme terbukti berkesan mengingatkan bahawa semua negara Barat yang berkuasa lagi maju mempraktikkannya.

Ketiga adalah mereka yang juga berpendapat bahawa agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Namun untuk menyelesaikan faktor penghalang ini, mereka berpendapat caranya ialah membuka dan membebaskan agama daripada ajaran dan tafsirannya yang sekian lama telah menjadi pegangan umat. Kelemahan dan kemunduran umat Islam dianggap berpunca daripada belenggu kejumudan umat dalam menafsir dan mempraktikkan agama Islam. Kumpulan ketiga inilah yang digelar sebagai aliran Islam Liberal.

Keempat adalah mereka yang mengakui akan hakikat kelemahan dan kemunduran yang dialami umat. Namun hakikat ini tidak mereka persalahkan kepada agama atau selainnya kecuali terhadap diri mereka sendiri dan umat Islam seluruhnya yang telah leka daripada berpegang dan mempraktikkan ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu untuk kembali kuat dan maju, umat Islam perlu mempelajari, memahami dan mempraktikkan semula secara sepenuhnya ajaran Islam yang asli lagi tulen. Formula ‘Islam Sekular’ atau ‘Islam Liberal’ tidak menjadi pilihan kelompok keempat ini kerana ia bukan cara untuk mencapai kekuatan dan kejayaan yang sebenarnya. Kekuatan dan kejayaan yang sebenar hendaklah diukur dengan necara wahyu Illahi yakni Islam yang berteraskan al-Qur’an dan al-Sunnah, bukan neraca peradaban Barat yang berteraskan materialisme dan hawa nafsu. Golongan keempat inilah yang benar. Insya-Allah dengan kesungguhan mereka, kekuatan dan kejayaan akan kembali ke tangan umat Islam.

Yang paling menjauhi kebenaran adalah kelompok ketiga, iaitu kelompok Islam Liberal. Secara lebih terperinci, kelompok Islam Liberal adalah aliran yang muncul kerana kesan psikologi kekerdilan diri (inferiority complex) yang dihadapi oleh sebahagian umat Islam hasil penjajahan dan kemunduran yang dihadapi oleh mereka. Kesan kekerdilan ini diburukkan lagi dengan sikap tergiur lagi menyembah kepada negara-negara Barat yang menjajah lagi maju sehingga menyebabkan mereka sendiri terasa hina, bodoh, diperbudak dan hilang kejatian serta kebanggaan diri. Semua ini menghasilkan satu rumusan bahawa untuk mencapai kekuatan dan kemajuan, caranya adalah meniru segala formula peradaban yang dipraktikkan oleh negara Barat. Rumusan ini tidak akan berjaya selagi mana tidak dibuka dan dibebaskan tafsiran Islam daripada kejumudan pegangan umat selama ini.

Kenapa golongan ini paling berbahaya? Berbanding kelompok kedua, golongan ini bagaikan parasit yang memusnahkan Islam dari dalam. Kelompok kedua iaitu golongan sekular tidak menyentuh ajaran agama sebaliknya cuba memisahkan pengaruh agama ke dalam politik ataupun urusan kehidupan dunia mereka. Apabila mereka memerlukan kehidupan ritual, spiritual mahupun pandangan agama barulah mereka merujuk kembali kepada agama itu tanpa mengganggu hukum-hakam apatah lagi mengubah syariat agama. Tetapi jika terdapat hukum agama yang mengganggu kehidupan sekular mereka, mereka akan tolak. Jadi golongan sekular akan mengambil mana-mana hukum agama yang sesuai dengan selera mereka dan membuang mana-mana yang tidak sesuai pada pandangan mereka.

Namun golongan Islam Liberal yang rata-ratanya terdiri dari lulusan agama, pengamal undang-undang dan cendekiawan ini cuba mengubah konsep di dalam ajaran Islam itu sendiri. Mereka bagaikan 'mengedit' syariat Islam di sana-sini sesuka hati berdasarkan hujah-hujah mereka yang terhasil dari gabungan fahaman sekular dan Darwinisme yang berdasarkan logik akal semata. Golongan ini akan berusaha menghapuskan unsur-unsur bersifat ritual (tawaf, solat, mencium batu Hajar Aswad) dan mistik (ghaib seperti syurga dan neraka, azab kubur dll) dalam Islam malah mengatakan itu semua karut dan tahyul serta menjadi penyebab fikiran menjadi jumud dan mundur, padahal pada masa yang sama mereka menghormati unsur-unsur ritual agama lain seperti Hindu dan Buddha. Mereka lama kelamaan seolah-olah bersikap ateis apabila hanya mengambil bahagian-bahagian yang pada mereka sesuai dengan pandangan sekular Barat dan kehidupan moden hari ini. Unsur-unsur mistik seperti Tuhan, syurga dan neraka, azab kubur, padang mahsyar, kiamat dan lain-lain akhirnya dikatakan sekadar simbolik sahaja.

Di antara ciri-ciri golongan Islam Liberal:

Cuba Mengubah Syariat

Golongan ini sesuka hati cuba mengubah syariat mengikut selera mereka. Selalunya mereka mempunyai autoriti dalam melakukan kerja kotor ini disebabkan kebanyakan mereka terdiri dari cerdik pandai Islam dan pengamal undang-undang. Cerdik pandai Islam ini nampaknya telah tersesat dari apa yang mereka pelajari ataupun disesatkan oleh pihak-pihak tertentu. Mereka terasa hebat dan ego mereka semakin menjadi-jadi sehingga hukum-hukum agama pun mereka cuba mencabarnya.Para pengamal undang-undang pula (Islam Liberal) sebenarnya golongan yang teramat jumud dan sempit pemikiran mereka apabila menganggap syariat Islam boleh diubah dan dipinda sebagaimana undang-undang manusia. Mereka memandang agama mengikut tempurung akta,peraturan dan pindaan. Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu hukum Tuhan, yang mana satu hukum manusia. Mereka tidak cuba memahami hikmah di setiap suruhan Tuhan tetapi cuba mencabarnya seolah-olah Tuhan itu manusia biasa yang terhad pengetahuannya.

Menolak dan Mengambil Ajaran Islam Sesuka Hati

Ini adalah ciri-ciri yang terdapat dalam golongan Sekular. Golongan Islam Liberal juga gemar menolak dan menerima ajran-ajaran Islam mengikut selera mereka. Pada mereka agama seperti pilihan makanan di bufet-bufet. Jika mereka setuju mereka akan mengekalkan ajaran Islam tersebut. Jika tidak menepati selera mereka, mereka akan menolak. Namun begitu keceluparan mereka naik satu tahap lagi berbanding golongan Sekular. Mereka tidak menolak begitu sahaja kerana seterusnya mereka cuba meminda dan mengubah ajaran itu sehingga menjadi ajaran baru yang di'rebranded'kan konsepnya dari ajaran asal. Sama ada mereka ini menolak Al-Quran tetapi mengambil Hadis, ataupun menolak Hadis tetapi mengambil Al-Quran. Ada juga yang menolak separuh isi Al-Quran dan Hadis dan mengambil separuh yang selebihnya. Dalam hal ini pangkat mereka sama taraf dengan golongan Islam Sekular.

Menganggap Ritual Dalam Islam Adalah Tahyul

Mereka bersikap angkuh mengatakan ritual dalam Islam adalah karut dan tahyul, padahal perkara ritual merupakan fitrah manusia. Manusia memerlukan unsur-unsur ritual dan spiritual dalam kehidupan mereka. Ini adalah kerana manusia bukanlah makhluk jasmani sahaja seperti haiwan tetapi manusia diciptakan sebaik-baik makhluk; gabungan jasmani dan rohani. Ini menjelaskan mengapa manusia mengada-ngadakan ritual yang beraneka ragam dalam usaha menyembah Tuhan mereka. Manusia bukanlah robot ataupun mesin-mesin. Mereka yang mengaku Ateis sekalipun akan spontan mengucap 'Ya Tuhan' apabila berada dalam keadaan yang teramat genting atau menghampiri maut sama ada di dalam hati mahupun kata-kata. Apa perkataan terakhir Lenin manusia Atheis teragung dalam sejarah? Wasiat terakhirnya ketika nazak adalah

"Tuhan, aku sakit"...

Golongan Islam Liberal ini bersikap talam dua muka (berpura-pura) dalam berhadapan soal ini. Apabila diajukan amalan ritual yang beraneka ragam dan pelik-pelik dari agama penyembah berhala seperti Hindu dan Buddha contohnya, mereka cepat-cepat bersikap optimis dan terbuka dengan berpendapat itu adalah normal dan kepercayaan masing-masing. Apatah lagi jika berhadapan dengan golongan New Age yang mengamalkan penyembahan Iblis dan Syaitan dalam definisi moden dan komersil, golongan Islam Liberal yang bodoh sombong ini tiba-tiba bersikap 'humble' merendah diri tak bertempat. Padahal agama merekalah yang benar dan diiktiraf Tuhan Pencipta Alam. Diri mereka penuh dengan perasaan 'inferior' yang tak berkesudahan terhadap agama mereka sendiri.

Ada pula berpendapat ritual Islam tidak ubah seperti agama-agama lain mahupun pada amalan kaum-kaum pribumi seperti Red Indian ataupun orang asli yang duduk di hutan-hutan tebal dan gua-gua. Perbuatan mereka seperti mahu menghina amalan ritual dalam Islam dan menyamakannya dengan amalan agama lain. Sama ada mereka ini malas untuk melakukan suruhan agama ataupun membesar dalam keadaan tidak diajar amalan ritual dalam Islam. Kita boleh lihat pola pemikiran jumud mereka ini sama seperti pola pemikiran golongan ajaran sesat. Apabila Islam tiada atau menghapuskan ritual karut-marut, manusia yang lemah dan bodoh ini mencari-cari atau mereka-reka ritual yang pelik-pelik untuk memenuhi nafsu mereka. Apabila Islam sendiri lengkap dengan ritual sebagai tanda penyembahan kepada Allah Maha Pencipta, manusia yang bodoh sombong ini pula mengejek-ngejek amalan ritual tadi sambil berfikir merekalah lebih maju dan moden dari Tuhan yang menciptakan mereka sendiri. Manusia sebenarnya MENJADI MUSUH KEPADA APA YANG MEREKA TIDAK KETAHUI.

Tidak Ada Perasaan Kasihkan Agama

Mereka sebenarnya tiada perasaan kasihkan agama mereka sendiri. Jika ada sudah semestinya mereka mengkaji dan mengkaji agama mereka sendiri dan cuba mempertahankan agama Islam yang mulia ini. Mereka juga tidak bangga beragamakan Islam. Mungkin mereka menyesal dilahirkan Islam. Alangkah baiknya mereka dilahirkan di Amerika beragamakan Kristian Sekular yang bebas dan melakukan segala-galanya bebas seperti seks bebas dan parti bogel beramai-ramai di tepi-tepi jalan. Mereka juga berangan-rangan mahu maju dan canggih seperti Barat. Islam bagi mereka adalah takdir yang paling malang bagi mereka.Islam bagaikan kutu-kutu yang menghisap darah mereka ataupun tahi ayam yang melekat di kedua lubang hidung mereka. JIKA BOLEH MEREKA MAHU MURTAD DENGAN SEGERA bagi sama-sama menghirup udara kemajuan dan pemodenan tajaan Barat dan sistem Dajal Laknatullah.

Berfikir Berdasarkan Logik Semata

Mereka adalah warisan kepada golongan Darwinisme dan Materialisme. Mereka suka memandang agama berdasarkan logik akal mereka yang terhad. Bagi mereka agama haruslah dilihat seperti satu ilmu sains yang terdiri dari rumus-rumus atau formula-formula tertentu.Mereka mencari-cari hukum sebab dan akibat dalam Islam. Apa-apa yang mereka tidak faham dalam Islam seperti persoalan ghaib (seksa kubur, kiamat, Isra' Mi'raj) bagi mereka hanyalah simbolik ataupun sengaja diada-adakan oleh ulama-ulama. Segala-galanya simbolik sahaja sehingga hukum-hakam pun simbolik sahaja. Hukum Hudud paling dibenci mereka dan sudah pasti, adalah paling simbolik dalam Islam dan tidak perlu dilaksanakan. Sehingga solat lima waktu pun simbolik apatah lagi soal bertudung yang wajib bagi wanita Islam. Maka keluarlah pelbagai hujah dan dalil dari ulama-ulama senget Islam Liberal mereka mahupun dari sumber-sumber Islam yang mereka selewengkan maknanya. 'The Hidden Hand', pihak Orientalis Kristian dan para Missionari serta Yahudi pasti gembira bertepuk tangan menari-nari melihat kedunguan golongan Islam Liberal ini menghina agama sendiri. Padahal pada masa yang sama para elit mereka SECARA SENYAP-SENYAP MEMBUAT KAJIAN TENTANG AGAMA ISLAM DAN SISTEM-SISTEMNYA SERTA MENGAMALKAN KESEMUA KEBAIKAN DAN HIKMAH DI DALAMNYA. Contohnya yang paling mudah adalah sistem ekonomi. Riba digalakkan kepada orang luar, tetapi bagi sesama mereka, riba adalah DIHARAMKAN. INGAT! MANUSIA MENJADI MUSUH KEPADA APA YANG MEREKA TIDAK KETAHUI. Lama-kelamaan mereka akan termalu sendiri apabila banyak persoalan yang disangka mereka ketinggalan zaman dan kolot contohnya Al-Quran pada hari ini dibuktikan secara saintifik hari demi hari. Semakin ramai cendekiawan Barat memeluk Islam yang mulia tetapi pada masa yang sama golongan Islam Liberal ini makin jauh dari hidayah Tuhan.

Bencikan Ulama dan Penegak Agama

Golongan Islam Liberal teramat bencikan ulama-ulama, para mufti, ustaz-ustaz, para hafiz dan para pendukung Islam suci ini. Bagi mereka mereka adalah golongan jumud yang ketinggalan zaman. Kenapa mereka bencikan para pendukung agama ini? Ini kerana mereka sajalah yang dapat mengesan pembohongan para Islam Liberal ini kepada orang-orang kampung yang tidak nampak permainan kotor golongan Islam Liberal ini.Golongan Ulama lah yang berani bangkit mematahkan hujah-hujah bodoh mereka. Apabila ulama menegur keterlanjuran mereka, mereka menuduh golongan ulama sebagai pengacau dan penghalang kemajuan padahal tiada kaitan pun teguran ulama tadi kepada kemunduran umat manusia. Mereka setiap hari penuh dengan kebencian kepada para ulama dan mufti sehingga menyamakan mereka sebagai paderi-paderi zaman pertengahan di Era Kegelapan Eropah, padahal paderi-paderi tersebut telah menyeleweng dari ajaran nabi Isa dan menuruti fikiran sempit mereka yang seterusnya menghalang kemajuan. Tetapi adakah dengan mengharamkan poligami, menolak kewajipan bertudung,menolak Hudud, menafsirkan semula Al-Quran dan Hadis membuatkan mereka lebih maju dan brpendidikan? TIDAK SAMA SEKALI. Malah golongan elit 'The Hidden Hand' berserta Kristian dan Yahudi ketawa terkekeh-kekeh melihatkan sikap 'inferiority complex' yang di tahap pelik dalam dos yang berlebihan dipamerkan oleh Islam Liberal ini. Ini samalah seperti golongan kafir tadi terjun ke dalam lubang najis, maka golongan Islam Liberal tadi ikut serta terjun ke dalam lubang najis yang hitam berkeladak lagi busuk. Tetapi apabila si kafir naik semula dari lubang najis tadi dan membersihkan diri, si Islam Liberal ini pula masih bermain-main dengan tahi yang busuk sambil tersengih-sengih sendiri. Ini membuatkan si kafir tadi merasa pelik pula dengan perlakuan si Islam Liberal tadi. Lama-kelamaan si kafir tadi ketawa terbahak-bahak melihat kelakuan si Islam Liberal yang terpinga-pinga berlumuran najis busuk.

Membesarkan Dalam Suasana Tidak Islamik

Golongan ini dilahirkan atau membesar dalam suasana yang kurang atau tidak Islamik. Kemungkinan ibu-bapa mereka teramat sibuk sehingga mengabaikan pendidikan agama ke atas anak-anak mereka. Ada juga di antara mereka berpendidikan agama tetapi malangnya terlampau lurus bendul sehingga mengalami 'culture shock' (kejutan budaya) apabila berhadapan dengan dunia luar yang mengelirukan.Kadang-kadang rakan-rakan atau orang di sekeliling mereka berfahaman non-Islamik ataupun kebanyakan rakan mereka adalah dari golongan non-Islam. Apabila mengalami kejutan budaya, mereka secara aneh mengalami proses 'inferiority complex' yang teruk bagaikan mendapat jangkitan kuman. Mereka semakin tidak percaya kepada agama sendiri. Tetapi masih ada sedikit keyakinan mereka, selalunya terhadap Allah s.w.t tetapi bagaimana dengan perintah-Nya, larangan-nya atau sistem-Nya?Mereka pun segera bergegas bertungkus-lumus mencari-cari hujah dan dalil berdasarkan ilmu agama yang mereka pelajari di universiti untuk menidakkan perintah, larangan ataupun sistem Allah s.w.t tadi. Alasan mereka, Tuhan tidak pernah berkata begitu, hanya ULAMALAH YANG MENGADA-NGADAKANNYA. Inilah alasan klise yang sering diberikan mereka. Segala-galanya salah ulama. Mereka yang dihantar belajar oleh bangsa dan umat Islam sebagai harapan untuk menjadi ulama pendukung agama Allah sebaliknya menjadi parasit yang melemahkan umat Islam dan menghina Ulama pula. Sebahagian dari mereka berpendidikan Barat ataupun belajar falsafah Islam dari Orientalis Barat yang bagi mereka lebih mulia dan suci dari Ulama yang pada mereka adalah ustaz kampung yang hanya layak mengajar alif ba ta kepada budak-budak hingusan di pondok-pondok buruk di hujung kampung.

Tidak Ada Sensitiviti Kepada Agama

Golongan Islam Liberal tidak mempunyai sensitiviti terhadap agama mereka sendiri. Roh Islam itu tidak ada pada mereka. Mereka sebenarnya hanya bertopengkan Islam atau Islam pada namanya sahaja. Tetapi anehnya apabila digelar tidak Islamik, mereka teramat marah pula dan cuba menunjukkan 'keIslaman' mereka. Mereka mahu digelar sebagai orang Islam tetapi menghuru-harakan pemikiran umat Islam. Jika orang-orang kafir menghina Islam, mereka akan senyap tidak berkutik sedikit pun apatah lagi mahu bangkit bersama para ulama mempertahankan maruah Islam. Tetapi apabila terdapat orang kafir yang tidak bersetuju dengan hukum-hakam ataupun ajaran Islam, mereka tanpa segan silu bersama-sama berdemonstrasi, berseminar ataupun menulis artikel-artikel di media-media cetak bagi berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan golongan modenis kafir yang amat dihormati mereka. Tiada perjuangan Islam tulen dalam kamus hidup mereka. Yang ada hanya sekular, materialisme, modenisasi, pembaharuan, liberal, demokrasi, kebebasan dan hak asasi individu yang menjadi 'hukum agama' paling tertinggi bagi ajaran sesat mereka itu. Sama ada Islam dihina, dicerca ataupun diinjak-injak oleh golongan Kafir, mereka dengan sinis hanya memandang sambil mengatakan ini adalah salah orang Islam kerana terlalu mengikut Al-Quran dan Hadis. Malah mereka bersama-sama pula berganding bahu bersama-sama para Modenis kafir memaki hamun Islam.

Persamaaan

Ini adalah topeng yang selalu dipakai oleh Islam Liberal. Bagi mereka manusia sepatutnya diberikan hak-hak samarata sebagai manusia. Kemudian persoalan ini meleret-leret sehingga kepada agama. Golongan Islam Liberal mempercayai agama di dunia semuanya sama. Mereka amat menghormati agama lain. Perasaan menghormati dan merendah diri melebih-lebih sehingga sanggup melacurkan agama sendiri demi mengikut selera penganut agama lain. Bersikap tegas dalam beragama menjadi pantang bagi mereka dan terasa dirinya kolot dan jumud jika mempertahankan maruah Islam, agamanya sendiri. Mereka lebih rela membiarkan agama mereka dihina dan dipermainkan penganut agama lain dari digelar 'fundamentalist', 'religious' dan sebagainya.

Kebebasan

'Kebebasan' adalah kata kunci bagi golongan Islam Liberal yang menerangkan sikap, ideologi dan halatuju perjuangan mereka. Bagi mereka ajaran Islam adalah terkongkong dan jumud. Terlampau banyak peraturan yang menyusahkan. Tidak boleh itu tidak boleh ini. Kalau boleh mereka mahu menulis semula Al-Quran sebagaimana para paderi Kristian ataupun para rabbi Yahudi yang sesuka hati meminda Injil dan Taurat mengikut selera mereka. Sebab itu ada golongan yang mahu hadis nabi dinilai semula. Bagi mereka ajaran Al-Quran dan Hadis tidak sesuai diamalkan di dalam dunia hari ini yang bebas berdemokrasi. Mereka mahu lepas bebas sebebasnya dari kongkongan Islam. Padahal mereka tidak menyedari setiap peraturan dalam Islam mempunyai hikmah dan kebaikannya. Adakah Tuhan membuat hukum-hakam sesuka hati-Nya? Adakah Tuhan menyusahkan manusia? TIDAK. Sebenarnya tanpa peraturan, manusia lama kelamaan akan hidup seperti haiwan. HAIWAN ADALAH HIDUPAN TANPA PERATURAN. Pernah dengar istilah HUKUM RIMBA?

Jadi golongan Islam Liberal akan berusaha membebaskan diri dari ajaran dan peraturan Islam yang ingin membentuk insan kamil, ke arah HUKUM RIMBA yang bebas seperti seks bebas dan berbogel beramai-ramai secara berjemaah mempamerkan kemaluan masing-masing di jalanan. Kebebasan apakah yang ingin dibawa oleh golongan Islam Liberal? Manusia akan dibebaskan dari peraturan dan ajaran Islam yang sebenarnya berfungsi sebagai pendinding atau benteng dari tipu muslihat Iblis yang berkoloborasi dengan Dajal Al-Muntazhor a.k.a 'The Hidden Hand'. Pada akhir cerita nanti, manusia yang dungu ini akan diperangkap pula ke dalam sistem Dajal Laknatullah tadi. Selepas dibebaskan dari sistem hidup Islam, manusia-manusia dungu ini akan disogokkan dengan gaya hidup Barat yang happy go lucky, menyeronokkan, moden, bebas dan 'cool'. Akhirnya mereka akan menjadi penyembah tegar nilai-nilai Barat. Mereka tidak lagi dapat menggunakan fikiran mereka dengan sendiri. Jika ada nilai Barat yang menjijikkan ataupun mengelirukan, mereka tetap mendiamkan diri sambil menikmati gaya hidup Barat yang lain walaupun telah nampak kebenaran Islam itu sendiri meskipun dari mulut orang-orang Barat yang insaf dan nampak apa yang terjadi. Jadi di mana kebebasan? Semuanya menjadi satu kaedah mindcontrol yang ganas dan kejam. Manusia tadi akhirnya tidak bebas dan terkongkong daalm ertikata yang sebenarnya. Tiada kebebasan sebenarnya dalam sistem Dajal-Kristian-Yahudi. Manusia akan dihalang dari menemui kebenaran Pencipta mereka sendiri. Mereka akan dikhayalkan secara berterusan sehingga mati dalam keadaan hina-dina walaupun dikuburkan di kawasan perkuburan mewah dalam keranda emas sekalipun. MATI DALAM KEADAAN KELIRU lebih menyedihkan dari mati dilenyek lori 16 tayar di jalanraya seterusnya tercampak ke dalam parit busuk.

Setelah mengetahui sebahagian ciri-ciri yang terdapat di dalam golongan Islam Liberal, kita boleh mengagak siapakah dia Islam Liberal di sekeliling kita. Modus operandi tetap sama. Sebaik sahaja mereka beraksi, kita dapat mengetahui mereka adalah golongan Islam Liberal berdasarkan tindak-tanduk mereka dan kata-kata mereka.Jadi siapakah golongan Islam Liberal ini?

Di antara golongan Islam Liberal adalah:

Golongan AntiHadis

Ini adalah golongan yang berpura-pura menyokong Al-Quran tetapi pada masa yang sama menolak Hadis malah beria-ria mahu hadis nabi dinilai semula ("Hadis: Satu Penilaian Semula"). Golongan ini amat bencikan hadis nabi kalau tak pun berpandangan skeptikal dengan hadis nabi. Golongan antihadis ini akhirnya akan meleret-leret menyerang peribadi Rasullullah s.a.w bagaikan mendapat sakit demam yang melarat. Sama ada mereka menyimpan hasad dengki dengan nabi ataupun terikut-ikut rentak dan gendang para orientalis sebagaimana mentor mereka Salman Rusydi Laknatullah. Akhirnya keluarlah golongan seterusnya, golongan bencikan nabi. Mereka tidak tahu setiap hikmah di dalam setiap hadis nabi. Bagaimana mereka mahu menunaikan solat, kerana rukun solat dan cara mengerjakannya tidak disebut dalam Al-Quran. Malah rukun Islam, Iman dan Ihsan tidak disebutkan secara terperinci dalam Al-Quran tetapi dijelaskan dalam hadis nabi. Terdapat di antara mereka yang sesat kerana beramal dengan Islam dari penafsiran yang diambil dari Al-Quran semata seperti jumlah solat dikatakan tiga seperti diambil bulat-bulat dalam Al-Quran

"Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam." (11:114)

Maka sesuka hati mereka mengatakan solat ada tiga iaitu Subuh, Asar dan Maghrib. Padahal Rasullullah s.a.w bersabda mengarahkan umatnya melakukan solat lima waktu sehari. Sama ada mereka adalah pemalas mengerjakan solat ataupun malas membaca hadis nabi. Golongan ini gemar mengelirukan diri sendiri dengan merendah-rendahkan hadis dan mendakwa Al-Quran adalah hadis yang sebenar dan terbaik. Golongan ini mempertahankan diri dengan mengatakan jangan bertengkar pasal kaedah solat dan mereka bebas memberikan pandangan. Walhal kaedah solat sudah ditetapkan oleh Rasullullah s.a.w dan sememangnya tidak perlu dipersoalkan lagi. Tambahan pula hukum agama tidak boleh berdasarkan pandangan sendiri kerana ia hukum Tuhan! Mereka juga mempertahankan diri dengan menidakkan Rasullullah dengan mengatakan Allah adalah Guru sebenar dan jangan bertaklid buta dengan tok guru (Rasullullah). Sampai ke tahap ini mereka setaraf dengan Salman Rushdi Laknatullah yang amat bencikan Nabi Muhammad s.a.w. Golongan ini sudah bersaudara dengan golongan ajaran sesat dan layak duduk semeja dengan Ayah Pin dari 'Kerajaan Langit'. Apa perlunya Allah s.w.t menurunkan Rasul-Nya jika sudah cukup Al-Quran dapat difahami oleh segenap manusia? Bagaimana pula Allah s.w.t menjadi guru mereka?Melalui kata-kata di dalam hati? Jika manusia sudah cukup pandai memahami Al-Quran, tak perlulah Allah s.w.t menurunkan Nabi Muhammad. Sebenarnya golongan Antihadis ini teringin untuk menafsirkan Al-Quran menurut akal nafsu sendiri dengan bertopengkan tagline "kembalilah kepada Al-Quran". Adakah kata-kata nabi itu menyimpang dari Al-Quran? Sungguh pelik pemikiran mereka.Mula-mula mereka menimbulkan keraguan dalam persoalan hadis dengan mengatakan ulama mereka-reka Hadis (malah mereka menuduh para Sahabat yang mencipta hadis). Selepas itu jika orang ramai percaya, mereka akan mencucukkan jarum kedua dengan mengatakan banyak terdapat hadis yang palsu (Tugas sebenar kita adalah untuk menyekat hadis-hadis palsu bukan mengatakan semua hadis palsu, takkanlah disebabkan seekor nyamuk kelambu pun dibakar). Selepas itu mereka akan mengatakan "Hadis tak boleh pakai". Selepas itu hadis-hadis pun diharamkan, dari segi fizikal, mungkin ada acara pembakaran buku-buku hadis di tengah-tengah padang. Kemudian tibalah masa yang dinanti-nantikan. Mereka akan mula menafsirkan agama mengikut hawa nafsu sendiri. Mereka bukan kembali kepada Al-Quran, itu cuma pembohongan semata, tetapi mereka akan menafsirkan Al-Quran mengikut akal logik dan selera mereka sendiri (disebabkan panduan dari sabda nabi sudah tiada untuk menjelaskan firman Allah s.w.t). ALLAH MENURUNKAN NABI MUHAMMAD ADALAH UNTUK MENJELASKAN AJARAN AL-QURAN. Mana yang lebih baik, berguru dengan kitab-kitab atau berguru dengan guru bertauliah yang mengajarkan pelajaran dari kitab itu? Sampai tahap ini akhirnya mereka akan berhukum dengan akal dan nafsu sendiri dan tidak mustahil selepas itu Al-Quran pun akan dicampak ke dalam timbunan bara dan arang dari kitab-kitab hadis tadi. Jadi modus operandi mereka sama seperti ajaran sesat dalam agama iaitu TIMBULKAN KERAGUAN DALAM AGAMA, KEMUDIAN BILA MASYARAKAT RAGU, RUANG KERAGUAN ITU AKAN DIISI DENGAN PANDANGAN MEREKA. Akhirnya golongan ini menjadi hamba nafsu sendiri dan mencorakkan agama mengikut akal sendiri.

Golongan Bencikan Nabi

Ini adalah golongan yang berasal dari golongan antihadis. Golongan yang bencikan nabi adalah automatik bencikan hadis iaitu sabdanya. Golongan ini pada awalnya menyatakan provokasi terhadap peribadi nabi seperti mempersoalkan jumlah isteri nabi, amalan seharian dan sebagainya. Mereka akan bertungkus-lumus memunggah buku-buku di perpustakaan mencari fakta sejarah yang mahu diselewengkan. Maka keluarlah kenyataan-kenyataan pelik yang bertujuan merendah-rendahkan Nabi seperti Nabi Muhammad gila seks, Nabi hanyalah ketua kabilah, janggut Nabi umpama janggut kambing, Nabi sukakan peperangan dan 1001 penghinaan ke atas Nabi Muhammad yang diakui Manusia Teragung yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah oleh seorang profesor Amerika. Golongan ini akan berfikir siang dan malam, ketika makan, ketika bermain, ketika bekerja atau sebelum tidur apakah lagi hujah untuk merendah-rendahkan Kekasih Tuhan ini. Sama ada mereka menyimpan perasaan dengki kepada Nabi Muhammad ataupun terikut-ikut rentak Yahudi yang membenci nabi-nabi mereka malah membunuhnya. Mungkin, sekiranya Rasullullah s.a.w masih hidup di kalangan kita hari ini, merekalah yang gigih siang dan malam berfikir bagaimana mahu membunuh Rasullullah s.a.w. Kebencian mereka kepada Nabi Muhammad membuak-buak dan amat tidak tertahan lagi. Tidak tahu apa sebabnya walaupun nama-nama mereka melambangkan ke Islaman mereka. Manusia yang disanjung mereka sudah tentulah Salman Rushdi Laknatullah dan yang sewaktu dengannya. Kalau boleh Salman Rushdilah yang sesuai dilantik menjadi Rasullullah mereka menggantikan Nabi Muhammad yang gila seks dan berjanggut seperti kambing. Begitu hina Nabi Muhammad di mata mereka padahal bagindalah Kekasih Tuhan yang dipuji-puji segenap penduduk langit dan bumi. Tanpa baginda, tidaklah Allah Azza Wa Jalla menjadikan segenap makhluk dan semesta. Apabila sudah tua nanti di mana maut melambai-lambai dan segala kekuatan telah lenyap barulah tersedar bahawa aksi-aksi mereka semasa muda memburuk-burukkan Rasullullah Kekasih Tuhan adalah perlakuan yang teramat bodoh dan dungu sekali melebihi tahap cipan di hutan-hutan.

Golongan Emansipasi Wanita (Pembebasan Wanita)

Ini satu lagi golongan yang kerap terkeliru (biasalah perempuan). Sama ada mereka terkeliru ataupun rela dikelirukan. Golongan ini selalunya cuba mencari-cari fakta-fakta agama berkaitan hak-hak wanita untuk dikelirukan. Jika ada fakta yang membela wanita mereka diamkan tetapi jika ada fakta yang mengongkong wanita padahal ada hikmah di sebaliknya, mereka akan cepat-cepat mengkajinya supaya dapat diseleweng secara halus. Isu agama yang paling popular untuk dikelirukan adalah poligami. Padahal poligami adalah penyelesaian kepada isu sosial manusia. Jika sudah terlampau ramai wanita dan sedikit lelaki di dalam populasi sesebuah tempat maka apakah penyelesaiannya?Golongan ini agaknya lebih rela berlesbian sesama sendiri dari dijadikan 'mangsa' poligami. Sebenarnya kaum wanita penganut Islam Liberal ini tidak faham masalah mereka sebenarnya. HUKUM AGAMA TIDAK BOLEH DIUBAH tetapi sikap manusia boleh diubah. Sesungguhnya segala hukum Islam berkenaan wanita adalah untuk memuliakannya, bukan untuk mengongkongnya. Menyelamatkannya bukan untuk memenjarakannya. Bukankah Islam menggariskan boleh berpoligami jika MAMPU dan hendaklah bersikap ADIL. Jika tidak mampu bersikap adil ataupun kurang mampu dari segi kewangan, jangan mimpilah nak berpoligami. Tetapi nampaknya mereka juga telah dikelirukan dan dicucuk-cucuk oleh orientalis Barat supaya menghentam hukum agama bukannya sikap sesetengah lelaki yang sengaja menggatal tanpa alasan yang kukuh. Seterusnya mereka meleret-leret seperti terkena jangkitan demam campak dengan menyalahkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai model terbaik mengamalkan poligami yang berlebihan. Padahal mereka tidak mengkaji bilakah ayat yang menghukumkan poligami turun, tujuan nabi dan siasah nabi ketika itu dalam berpoligami. Mereka tidak cuba mempertahankan Nabi Muhammad s.a.w malah memburuk-burukkan Nabi Muhammad sebagai gila seks dan pantang melihat dahi licin. Begitu hina Nabi Muhammad s.a.w di mata wanita Islam Liberal ini padahal Nabi Muhammad lah manusia yang amat menghormati wanita. Tahukah kamu wanita Islam Liberal bahawa sebelum kedatangan Islam, wanita dilayan bagai haiwan dan hanyalah berstatus sebagai hamba seks sahaja.

Bayi perempuan dibunuh dan dianggap sial. Wanita berstatus kelas rendah setaraf hamba-hamba. Wanita sama ada dilayan baik atau dipijak-pijak adalah mengikut selera kaum lelaki yang mendominasi seluruh kehidupan wanita. Tetapi Nabilah yang berjuang siang dan malam membebaskan wanita dari pandangan negatif masyarakat. Nabi dilontar batu sehingga berdarah seluruh tubuhnya. Nabi terjatuh ke dalam lubang sehingga patah dua batang giginya. Nabi berdakwah, turun berperang dan berhijrah beratus batu dalam panas terik semata-mata untuk mengucapkan:

"...Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia..." (Khutbah Terakhir Rasullullah)

Siapa yang benar-benar ada iman di dadanya pasti sedih dan mengalir airmata mengingat betapa beratnya penghinaan terhadap Nabi Muahammad s.a.w dari sesetengah wanita yang tidak diketahui mengapa begitu bencikan Nabi yang berjuang membebaskan wanita dari perhambaan seks oleh kaum lelaki.

Mengapa? Mengapa ini terjadi?...Jawablah wahai wanita Islam Liberal. Apa salah Nabi Muhammad sehingga kamu membencinya. Ayat-ayat di atas di petik dari khutbahnya yang terakhir sebelum kewafatannya. Inilah kata-kata agung dari seorang yang teramat mulia. Betapa mulianya wanita di mata Rasullullah s.a.w sehingga soal wanita menjadi perkara penting sebelum baginda pergi meninggalkan dunia ini selama-lamanya. Baginda tidak memperkatakan jumlah unta dan kambing, pembangunan kota Mekah dan Madinah, persiapan peperangan, soal logistik mahupun bekalan makanan untuk tahun itu tetapi WANITA...setaraf dengan persoalan solat lima waktu, zakat dan haji di dalam Khutbah Terakhir baginda. Sehingga baginda menggeliat-geliat kesakitan akibat sakarat maut, baginda masih lagi memikirkan umatnya melebihi diri sendiri apabila berbisik

"ummati...ummati...ummati..." 

dari bibirnya yang kebiruan dan wajahnya yang telah ditutup oleh anaknya Fatimah yang mulia.

Golongan Modenisasi dan Demokrasi

Golongan ini biasanya berpendidikan dan bijak pandai. Pergerakan mereka sistematik dan tersusun. Percakapan mereka bernas dan banyak memukau pendengar. Perwatakan mereka menarik dan kemas. Mereka pandai mengkomersilkan diri mereka. Ada di antara mereka bergerak di bawah pergerakan Islam dan ini adalah seseuatu yang normal dan menjadi kemestian bagi golongan Islam Liberal mencucukkan jarum mereka. Mereka akhirnya akan terlibat dalam politik yang menjadi tujuan mereka.

Mereka berfikiran terbuka. Mereka amat menghormati agama-agama lain dan bersetuju dengan dialog antara agama (interfaith dialogue) yang sebenarnya menghentam Islam semata. Mereka gemar berkawan dengan rakan-rakan dari luar negara yang menaburkan pujian dan harta benda ke tubuh mereka. Yahudi Zionis pun dianggap saudara sendiri bukan seperti para mufti yang asyik menghentam (menegur sebenarnya) keterlanjuran mereka menghuru-harakan umat Islam. Golongan ini terdiri daripada ahli politik, pemimpin-pemimpin dan ahli korporat. Mereka amat menghormati hak-hak individu dan kebebasan bersuara. Bagi mereka sesetengah hukum Islam terutamanya Hukum Hudud melanggar hak asasi manusia. Tidak ada cita-cita untuk melaksanaka sepicing pun hukum Jinayah Islam dalam pemerintahan dan undang-undang negara. Sebut sahaja "Hudud" mata mereka seakan terbelalak dan tiba-tiba tubuh terasa panas seperti mahu demam. Begitu bencinya mereka terhadap hukum Allah Maha Pencipta yang menciptakan mereka dari air mani yang hina, tetapi bila sudah terasa gagah mahu mencabar pula hukum Allah. Sebut "hudud" tergambar tangan yang terpotong, padahal tidak semudah itu hukum Islam menjatuhkan hukuman ke tahap potong tangan. Ada saksinya, ada perbicaraannya, ada budi bicaranya. Jika tidak cukup saksi, pesalah akan dihukum cara lain seperti dipenjarakan atau denda. Belajarlah bab Jinayah (kenegaraan) iaitu bab pentadbiran negara dan undang-undang dalam Islam. Ini tidak belum apa-apa lagi sudah sudah menghentam hukum Islam dan semua bab berkaitan peraturan dalam Islam diperlekehkan.Mungkin bab mandi wajib sahaja yang digemari oleh golongan Islam Liberal ini.

Mereka tidak berasa yakin dengan Islam walaupun mereka ada yang dilabel sebagai pemimpin Islam, modenis Islam, pejuang pembaharuan Islam dan sebagainya. Perasaan 'inferiority complex' terlampau menebal dalam diri mereka sehingga sanggup mencium tangan Yahudi, Illuminati-Dajal dan Kristian demi sesuap nasi, sekelumit sanjungan dan sedikit rasuah berbentuk pangkat dan jawatan.

Begitulah di antara jenis-jenis golongan Islam Liberal yang menjadi parasit dalam umat Islam. Golongan ini amnya memiliki ketidakyakinan diri (lacking in self-confidence) terhadap agama sendiri dan cenderung menafsirkan agama berdasarkan akal. Mereka juga sering membandingkan agama sendiri dengan agama-agama lain berdasarkan PENGANUT ISLAM BUKAN KEBENARAN DAN KEINDAHAN ISLAM ITU SENDIRI. Sebab itu Yusof Islam (Cat Steven) pernah berkata:

"Aku bersyukur kerana mengenali Islam terlebih dahulu sebelum mengenali orang-orang Islam"

Mereka selagi mengaku Allah s.w.t adalah Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul-Nya perlulah bertaubat dan insaf.Mereka perlu disedarkan. Mereka sebenarnya telah menempuh jalan yang sesat lagi menyesatkan. Sama ada mereka sedar atau tidak, mereka telah menjadi sebahagian dari barisan hamba-hamba Dajal Laknatullah untuk mengelirukan umat manusia khasnya umat Islam yang paling dibenci mereka dari satu-satunya agama yang diredhai Allah s..w.t, Islam.

Berhati-hati dengan golongan ini. PERHATIKAN KE MANA ARAH TINDAKAN MEREKA DAN SETIAP PERCAKAPAN MEREKA. Rujuk Jigsclue ini selalu.Insya Allah anda tidak akan terperangkap dalam permainan kotor mereka.
Unknown  /  at  20:00  /  No comments

Penafian..

Salam sejahtera...

Untuk makluman anda, Blog ini akan dikemaskini berdasarkan maklumat yang diperolehi dari semasa ke semasa. Terbuka bagi semua tahap umur, tiada unsur atau bahan terlarang dan tidak akan mempunyai mana-mana isu politik. Kami berharap anda selesa dan mendapat pelbagai maklumat yang berguna dari Blog kami ini. Terima kasih.

- MesraInfo4U Admin -
Copyright © 2013 MesraInfo4U. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.