Virus 'Flame'

Anonymous  /  at  19:10  /  No comments

Sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membantu negara anggota melindungi infrastruktur nasional, memberi amaran mengenai bahaya virus Flame yang baru-baru menyerang komputer di Iran dan tempat lain di Asia Barat. “Amaran ancaman siber ini adalah yang paling serius,” kata Marco Obiso, koordinator keselamatan siber Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) PBB di Geneva.

Amaran sulit itu akan memaklumkan negara anggota bahawa virus Flame adalah alat perisikan berbahaya yang berpotensi digunakan untuk menyerang infrastruktur kritikal, katanya ketika ditemuramah kelmarin. “Mereka perlu berada dalam keadaan berjaga-jaga,” katanya, menambah bahawa beliau percaya Flame kemungkinan dibangunkan untuk negara tertentu.

Amaran itu adalah isyarat terbaru satu era baru peperangan siber sudah bermula selepas serangan virus Stuxnet 2010 yang menyasarkan program nuklear Iran. Amerika Syarikat secara terang-terang berkata buat kali pertama tahun lalu bahawa ia berhak bertindak menggunakan kekerasan jika menghadapi serangan siber.

Bukti menunjukkan virus Flame mungkin dibina satu atau negara yang melancarkan cecacing Stuxnet untuk menyerang program nuklear Iran pada 2010, menurut Kaspersky Lab, pembuat perisian keselamatan siber Russia yang menemui Flame. 

“Saya fikir ia adalah ancaman lebih serius berbanding Stuxnet,” kata Obiso. Katanya, ITU akan membangunkan satu program untuk mengumpul data, termasuk sampel virus, bagi mengesan penyebaran Flame di seluruh dunia dan memantau sebarang perubahan dalam komposisinya.

Kaspersky Lab menemui Flame selepas ITU memintanya menyiasat laporan terbaru Tehran bahawa satu virus misteri bertanggungjawab atas kehilangan data besar-besaran dalam sesetengah sistem komputer Iran. - Sumber dari Berita Harian

Microsoft akhirnya telah mengeluarkan amaran keselamatan dan kemaskini kecemasan pada setiap hujung minggu bagi membetulkan kecacatan serius yang berlaku pada sistem operasi Windows yang telah mengakibatkan sistem operasi tersebut dieksploitasi oleh serangan virus Flame. Sepertimana yang kita tahu, virus Flame ini adalah sejenis virus yang rumit dan sangat canggih. Ianya telah digunakan dalam mensasarkan serangan yang ingin dibuat dan hasilnya, kebanyakan pelanggan tidak mempunyai risiko. Walau bagaimanapun, kaedah yang sama boleh dieksploitasi oleh penyerang yang kurang canggih dalam melaksanakan serangan yang lebih meluas.

Dalam penyelidikan kaedah yang digunakan oleh virus atau malware Flame ini, pihak Microsoft mendapati bahawa serangan tersebut mengeksploitasi Terminal Server Licensing Service, yang telah menggunakan algoritma kriptografi yang lama. Ia membenarkan sebahagian daripada malware kelihatan seperti dihasilkan atau dikeluarkan oleh Microsoft sendiri.

Microsoft telah menyelesaikan isu tersebut dengan mengeluarkan kemas kini terbaru yang menghalang segala perisian bermasalah ini dan Microsoft juga telah menamatkan Terminal Server Licensing Service daripada mengeluarkan sebarang sijil terbaru secara automatik.

Share
Posted in: Posted on:

0 comments:

Penafian..

Salam sejahtera...

Untuk makluman anda, Blog ini akan dikemaskini berdasarkan maklumat yang diperolehi dari semasa ke semasa. Terbuka bagi semua tahap umur, tiada unsur atau bahan terlarang dan tidak akan mempunyai mana-mana isu politik. Kami berharap anda selesa dan mendapat pelbagai maklumat yang berguna dari Blog kami ini. Terima kasih.

- MesraInfo4U Admin -
Copyright © 2013 MesraInfo4U. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.